web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Fayhsal Dakwa Suhaili Hubungi Ahli Parlimen Bersatu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 9:32PM

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa ahli Parlimen Labuan yang kini digantung keahliannya, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman sebagai pengkhianat.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Wan Faysal turut mendakwa Suhaili sebagai antara dalang bagi memujuk lebih ramai ahli Parlimen pembangkang berpaling tadah dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, perkara itu diketahui selepas Suhaili dipercayai menghubungi ahli BERSATU dalam usahanya mendapatkan sokongan mereka untuk menyokong Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dia (Suhaili) menghubungi ahli Parlimen BERSATU ketika mesyuarat parti, tanpa menyedari Setiausaha Agung parti, Datuk Sri Hamzah Zainudin ada dalam mesyuarat itu.

"Sebelum ini, Suhaili menuduh saya mereka-reka cerita dan mencipta watak 'Datuk Botak', tetapi ia adalah sesuatu yang benar dan dia sendiri kini terbabit dalam usaha memujuk ahli Parlimen kami (BERSATU)," katanya.

Mengulas mengenai pembabitkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam gerakan mendapatkan sokongan ahli Parlimen terhadap Kerajaan Perpaduan, Wan Fayhsal berkata, beliau hanya membaca laporan polis yang dibuat pemimpin Pemuda BERSATU.

"Saya mengalu-alukan keputusan Farhash untuk membuat laporan polis memandangkan beliau menafikan dakwaan itu, jadi terserah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya lagi.

Setakat ini, empat ahli Parlimen Bersatu sudah mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Anwar atas alasan keputusan itu dibuat atas kepentingan pengundi di kawasan mereka.

Kesemua ahli Parlimen terbabit adalah Suhaili, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (ahli Parlimen Kuala Kangsar), Zahari Kechik (ahli Parlimen Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (ahli Parlimen Gua Musang). - Getaran, 15 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Politik 2 tahun yang lalu

BERSATU Takkan Terjejas, Dia Bukan Nama Besar Pun! - MPT

3

Politik 3 tahun yang lalu

PN Belum Bincang Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM – Wan Fayhsal

4

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar