web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU Takkan Terjejas, Dia Bukan Nama Besar Pun! - MPT

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 9:57PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu ketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin memuncak tidak akan memberikan sebarang impak.

Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, keputusan Dr Muhammad Faiz sedikit pun tidak menjejaskan kempen PRN yang masih berbaki tiga hari, memandangkan beliau bukan nama besar dalam barisan kepimpinan.

"Siapa dia (untuk merosakkan mood pengundi), dia bukanlah nama besar dalam parti pun.

"Kita biar pengundi tentukan, kalau pengundi boleh terima parti kita, itu akan diterjemahkan dalam peti undi. Kita akan hormat apa juga keputusan yang  ditunjukkan, dan itu termasuklah persetujuan pengundi terhadap barisan calon yang kami bentangkan," katanya ketika dihubungi Getaran. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, BERSATU optimis keputusan Faiz untuk meninggalkan parti itu tidak ada sebarang kaitan dengan rasa kecewa kerana gagal terpilih sebagai calon. 

Jelasnya, parti menghormati keputusan beliau dan merasakan apa juga dakwaan dilontarkan doktor muda itu adalah sebahagian daripada pendapat peribadinya yang tidak menjejaskan BERSATU.

Pengunduran Dr Muhammad Faiz diyakini tidak akan menjejaskan BERSATU - gambar fail
Pengunduran Dr Muhammad Faiz diyakini tidak akan menjejaskan BERSATU - gambar fail

"Saya tak rasa dia merajuk sebab dia tidak dicalonkan, sebab dia sudah bertanding hari itu di Bagan Datuk dan dia kalah. Untuk PRN kali ini saya tak dengar dia ada lobi untuk menjadi calon. 

"Saya rasa itu hanyalah pandangan perbadi dia, kita hormat. Kalau dia tak setuju dengan pandangan parti, strategi parti, dan dia sendiri yang nak keluar parti, kita tak pernah halau dia. Terpulang pada dia. 

"Jadi kami menghormati keputusan dia, saya sendiri tidak serang dia daripada luar.  Bebas, anda bebas untuk keluar, bebas juga untuk sertai kami, ini bukanlah penghujung dunia," kata bekas Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu lagi. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli MPT BERSATU, Mohd Rafiq Mohd Abdullah berpendapat, tindakan Dr Muhammad Faiz bukan sesuatu yang mengejutkan kerana parti itu juga pernah berhadapan perkara sama, apabila Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden tahun lalu. 

 Mohd Rafiq Mohd Abdullah
Mohd Rafiq Mohd Abdullah

"Semua orang yang tidak puas hati akan keluarkan macam-macam kenyataan. Maknanya kalau dia tak puas hati, itu lebih kepada masalah peribadi dia lah, melibatkan sesuatu  yang peribadi kepada dia. 

"Ini bukan kali pertama terjadi pun, benda ini pernah berlaku pada Naib Presiden kita Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. Ini  dia (Faiz) setakat ahli majlis pimpinan tertinggi lantikan sahaja," katanya.

Rafiq yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Kuang itu bagaimanapun tidak mengetahui alasan Faiz berbuat demikian.

"Kami tidak tahu, dan kami tak kisah pun," tegasnya. 

Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen telah mengumumkan pengunduran dari BERSATU selepas kecewa kerana tidak tercalon untuk bertanding.

Peletakan jawatan Dr Muhammad Faiz diumumkan semalam dan beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap kepimpinan parti yang dikatakan sering mengabaikan suara akar umbi. 

Katanya, BERSATU telah terpesong daripada objektif awal untuk menggantikan UMNO. 

Beliau berkata, kepimpinan BERSATU juga seringkali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan, sekali gus menyebabkan parti itu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Katanya, sejarah itu juga dilihat bakal berulang pada PRN enam negeri Sabtu ini, terutama untuk kerusi-kerusi BERSATU di Selangor. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad