web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Belum Bincang Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM – Wan Fayhsal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 3:09PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga mendakwa Johari Abdul ‘berat sebelah’ dan veteran PKR itu adalah sebahagian daripada ‘orang Anwar’- Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan, pembangkang belum membincangkan rancangan untuk mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Walaupun Ahli Parlimen Machang itu berkata, perbincangan terbabit tidak pernah dilakukan ekoran masalah teknikal membabitkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, beliau tidak memperincikan perkara berkenaan.

Wan Fayhsal bagaimanapun membayangkan Perikatan Nasional (PN), tidak sepenuhnya menolak idea gerakan undi tidak percaya sebagai gabungan wakil rakyat dalam sistem berparlimen demokrasi.

“PN sedia maklum ada teknikal yang sukar (dengan menggesa usul undi tidak percaya) kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat (Johari).

“Tetapi, apa sahaja boleh berlaku, ia adalah demokrasi. Sebagai Ahli Parlimen, kami berhak memberi kepercayaan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang layak menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa Johari ‘berat sebelah’ dan veteran PKR itu adalah sebahagian daripada ‘orang Anwar’.

Hujung minggu lalu, Anwar, yang juga Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, mana-mana parti atau Ahli Parlimen yang mahukan usul undi tidak percaya perlu mengemukakannya pada sidang Parlimen akan datang.

Sambil menggesa Ahli Parlimen untuk membawa rungutan mereka bersamanya ke Dewan Rakyat, Anwar berkata, aduan mengenai ketidakstabilan politik mesti dihentikan supaya tumpuan kerajaan akan terarah untuk melindungi kebajikan rakyat.

Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri selepas sokongan majoriti diperoleh menerusi undian suara.

Ia sekali gus membuktikan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya benar-benar kukuh.

Sebelum itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara konsisten mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti diperlukan untuk membentuk kerajaan, mencabar Anwar untuk membuktikannya mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri. – The Vibes, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Politik 2 tahun yang lalu

Wan Fayhsal Dakwa Suhaili Hubungi Ahli Parlimen Bersatu

3

Politik 2 tahun yang lalu

BERSATU Takkan Terjejas, Dia Bukan Nama Besar Pun! - MPT

4

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad