Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sokongan Beralih Arah, Rezeki Atau Musibah?

Politik Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:35AM

Majlis menandatangani permuafakatan antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen blok pembangkang yang beralih arah menyokong Kerajaan Perpaduan seakan sudah menjadi trend mutakhir ini.

Bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, langkahnya disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, yang juga Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan.

Menuruti jejak mereka seterusnya adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Jeli, Mohd Azizi Abu Naim serta Zahari Kechik.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid adalah wakil pertama dari blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. gambar FB Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid adalah wakil pertama dari blok pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. gambar FB Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula seolah memberi bayangan bakal mengambil tindakan sama, jika peruntukan berjumlah RM30 juta bagi kawasannya diluluskan di bawah Belanjawan 2024.

Apa sebenarnya yang berlaku? 

Cubaan Menyogok 

Seiring dengan perkembangan itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan parti berkenaan akan mengadakan mesyuarat tergempar, bagi membincangkan senario tersebut.

Memetik laporan Awani malam tadi, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada sidang media pasca mesyuarat berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi parti mencadangkan supaya Akta Antilompat Parti dikaji semula, walaupun telah diluluskan Parlimen.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegasnya, ada kelompongan yang wujud sehingga membolehkan ahli PN menzahirkan sokongan ke atas pihak lawan walaupun masih kekal dalam parti.

Beliau juga mendakwa menerima maklumat, ada gerakan jahat oleh pihak lawan untuk menyogok barisan Ahli Parlimen PN supaya tidak lagi menyokong dasar diperjuangkan blok terbabit.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat dalam masa terdekat susulan tindakan empat Ahli Parlimen terlibat.

Persoalannya di sini, benarkah ada sogokan atau sememangnya perjuangan BERSATU sendiri sudah tidak berupaya meyakinkan barisan ahli?

Kredibiliti Semakin Menghilang

Seorang ‘intel’ memberitahu Getaran, mutakhir ini kredibiliti barisan kepimpinan PN memang menjadi persoalan ramai, khususnya dalam kalangan pengundi.

Wakil yang dipilih rakyat jelas beliau, gagal mempamerkan ‘aura’ pemimpin masing-masing, walaupun kelihatan begitu gah sekali sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Tengok sahajalah di Parlimen. Gaya mereka ketika berhujah, berbahas cukup ‘memalukan’. Hujah dibawa langsung tidak mencerminkan keupayaan mereka memimpin.

“Mereka lupa agaknya kenyataan seksis, dangkal yang disuarakan itu boleh ditonton dengan mudah sekarang. Kalau di media sosial, memang jadi bahan lawak saja,” katanya, kesal.

Sumber memberitahu, kegagalan berhujah untuk meyakinkan sidang Dewan Rakyat mencerminkan ketidakupayaan mereka dalam memperjuangkan suara rakyat.

Don’t get me started on their absence and failure in handling local issues. Tahu tak, dah ada pengundi yang menyesal kerana tersalah pilih,” tegasnya.

Memberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai pemimpin yang wajar dicontohi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu katanya, aktif turun padang menyelesaikan pelbagai isu, walaupun hanya untuk masalah ‘ringan’ seperti jadual kutipan sampah.

“Dr Akmal ni kita pun tahu baru kali pertama bergelar wakil rakyat apabila menang kerusi (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-14.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menghadiri salah satu program di kawasannya. gambar FB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menghadiri salah satu program di kawasannya. gambar FB

“Tapi cuba tengok cara kerja beliau? Aktif menyantuni penduduk setempat, tak duduk diam. Lepas satu, satu isu beliau selesaikan. Ini yang rakyat mahu. Bukan wakil yang hanya tahu menjerit di Parlimen tapi ‘kosong’,” katanya.

Kelebihan Buat Kerajaan Madani, Tapi Bolehkah Dipercayai?

Dengan sokongan yang beralih arah, tidak dapat dinafikan ia memberi kelebihan kepada Kerajaan Perpaduan, tetapi benarkah begitu?

Di peringkat akar umbi, sudah ada ‘suara-suara’ yang mahu supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jentera tertinggi ‘menghalusi’ semua perkembangan ini, agar tragedi beberapa PRN termasuk pada Ogos lalu tidak berulang.

Mereka bilang, perlu berhati-hati dengan ‘sesumpah’ yang bijak menukar warna untuk menyelamatkan diri.

“Jangan nanti sokong membawa rebah. Bukan tak pernah berlaku sebelum ini. Sudah lupa tragedi PRN Melaka? Bawa masuk dan beri muka pada ‘katak politik’, sudahnya PH hilang banyak kerusi. 

“Memang di atas kertas kita lihat sokongan semakin kuat, tapi berhati-hatilah dengan pergerakan musuh dalam selimut. Bukan sedikit yang mengharapkan Kerajaan Perpaduan ini tumbang,” kata seorang ahli ‘lama’ UMNO yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi.

Teguran Azmi pada hemat Getaran, membawa suara ahli bawahan yang tulen menyokong perjuangan kerajaan dan tidak mengharapkan sebarang balasan.

Apa yang mereka mahu cuma kerajaan yang stabil, demi kelangsungan hidup anak cucu pada masa akan datang.

Lemak manis jangan ditelan, tapi usah pula dimuntahkan jika terasa pahit yang datang. Manis gula biasanya membawa mudarat, tidak seperti pahit ubat yang menjadi penawar. - Getaran, 10 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 2 minggu yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi