web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TTG Atasi Isu Gelandangan Di Bintulu Siap Tahun Depan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:38AM

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah (kiri) dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee (dua, kiri) bertemu peniaga di Pasar Malam Bintulu dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan orang ramai pada kempen Pilihan Raya kecil (PRK) N67 DUN Jepak, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Sebuah Tempat Transit Gelandangan (TTG) sedang dibina berdekatan Jambatan Sungai Sebiew di sini dan dijangka siap hujung tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.

"Mengikut jadual yang telah dirancang, hujung tahun depan (siap pembinaan), insya-Allah dah boleh digunakan," katanya kepada pemberita selepas mengiringi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, malam tadi.

Beliau berkata, gelandangan adalah antara isu sosial yang agak ketara di kawasan DUN itu dan kementeriannya sememangnya sudah merancang pembinaan TTG berikutan pembangunan yang pesat di situ.

TTG pertama di Sarawak, katanya, diwujudkan di Sibu pada 2021 dan berjaya menjadi tempat untuk membimbing sejumlah gelandangan bagi memulakan kehidupan yang lebih baik.

Fatimah yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, masalah gelandangan juga satu daripada isu sosial yang dibangkitkan penduduk di DUN Jepak.

Menurut Fatimah, kementeriannya akan mempertingkatkan khidmat bantuan bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan bantuan sosial yang disediakan kerajaan supaya tiada golongan terpinggir di negeri itu.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Iskandar, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 2 tahun yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran