web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:16PM

Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah, Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua Pengarah, Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Barisan Nasional (BN) bukanlah tempat yang sesuai untuk bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sekiranya beliau benar-benar 'mencari' integriti atau melawan rasuah.

Menurut Muhammad Sanusi, langkah BN meletakkan calon langsung itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman juga tidak akan membantu kerana faktor calon hanya menyumbang sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan aspek yang mampu mempengaruhi pengundi dalam membuat keputusan.

Malah, katanya, tindakan BN meletakkan calon langsung itu juga membuktikan bahawa gabungan itu sudah ketandusan calon, selain gagal melahirkan individu yang layak diketengahkan bagi memimpin orang ramai.

"Sebagai seorang jeneral yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera, kalau beliau benar-benar nak kuatkan integriti serta melawan rasuah, BN bukanlah tempat untuknya. Tetapi kalau Raja Mohamed Affandi terlalu kuat untuk itu, saya alu-alukan dan berharap beliau dapat lakukan sesuatu.    

"Tetapi ini pilihan raya yang semuanya bergantung kepada sokongan. Kalau hebat macam mana pun seseorang calon itu tetapi partinya tidak disokong, maka mereka akan kalah.

"Faktor calon cuma 30 peratus dalam mempengaruhi pengundi dan selebihnya bergantung kepada jentera, kempen serta jenama parti. Jenama parti itu sedang menjunam dan kalau bawa produk bagus pun, akan 'tumbang' juga," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau merasa kasihan kepada Raja Mohamed Affandi kerana diletakkan untuk bertanding di PRK Kemaman.

"Mereka letakkan beliau di tempat yang kalah dengan majoriti 27,000. 'Mampuih' la dia, kesian kat dia...

"27,000 nak kena 'kampui' (dapatkan)... Selamat maju jaya kepada calon itu," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri amat mengharapkan kerjasama penuh dari Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan bagi menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025.

"Kita akan adakan promosi bermula tahun depandengan peruntukan untuk tujuan itu akan dimaklumkan ketika saya membentangkan Bajet Kedah 2024 pada 26 November nanti.

"Ada banyak program diatur sempena tahun Melawat Kedah 2025 dan saya berharap kerajaan negeri mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Pelancongan di peringkat Persekutuan terutamanya dari sudut promosi," katanya. - Getaran, 15 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran