web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Jepak Medan Kedua Uji Kecenderungan Pengundi Muda Di Sarawak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 5:03PM

Tiga calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Jepak bergambar bersama selepas majlis penamaan calon, semalam. gambar FB SPR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdullah Saidol berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) khususnya untuk Parlimen Bintulu menjadi pentas sulung menilai sokongan pemilih kategori Undi 18, sejak pindaan perlembagaan berhubung perkara itu dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

“(Reaksi) pengundi muda telah diuji semasa PRU15 yang lalu, apabila Datuk Seri Tiong King Sing (calon GPS untuk Parlimen Bintulu) menang besar, di saluran pengundi muda,” katanya kepada Bernama dan RTM di sini.

Abdullah berkata, DUN Jepak adalah salah satu daripada empat kawasan DUN di bawah Parlimen Bintulu, menunjukkan sokongan yang tinggi dalam kalangan pengundi muda berumur di antara 18 dan 30 tahun ketika PRU15.

PBB adalah komponen utama GPS, yang turut melibatkan tiga lagi parti tempatan Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Abdullah berkata, sokongan pengundi muda sewaktu PRU15, memberikan keyakinan kepada GPS dalam menghadapi PRK ini, yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.

Talib menjadi penyandang kerusi Jepak dari sejak kawasan DUN itu kali pertama dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ketujuh (PRN7) pada 1996.

Allahyarham memenangi kerusi DUN itu untuk kali keenam dalam PRN12 Sarawak pada 2021.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS, Iskandar Turkee; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing.

Abdullah berkata, tempoh berkempen yang akan berlangsung hingga 3 November ini, wajar menjadi ruang untuk pemilih berdaftar di DUN Jepak khususnya pengundi muda bagi mengenali Iskandar yang juga bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak.

“Saya harap pengundi muda akan mengambil kesempatan dalam masa 12 hari kempen PRK ini untuk mengenali beliau (Iskandar) dan beranilah bertanya kepada calon baru GPS ini tentang apakah pandangan, cadangan beliau untuk menjaga ataupun mengambil kira warga muda di DUN Jepak,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 2 tahun yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran