web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Tidak Pernah Antiraja - Loke

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 4:55PM

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja, sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan dan menghormati institusi diraja seperti termaktub dalam Perlembagaan, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Loke berkata, DAP seringkali dilabelkan antiraja kerana dasar parti itu yang tidak menerima darjah kebesaran dianugerahkan oleh institusi diraja, bagaimanapun DAP tidak menolak penganugerahan itu, sekiranya terdapat pemimpin bersara dalam politik dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.

"Kita (DAP) selalu dimomokkan dengan perkara itu (dilabel antiraja), dasar kita tidak menerima darjah kebesaran, ia tidak tepat sama sekali, kita tidak pernah bersikap melawan raja, tetapi dasar kita tidak menerima darjah kebesaran itu ditakrifkan sebagai melawan raja, saya jelaskan ia tidak betul," katanya.

Beliau berkata, kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP kali ke-22 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta wakil parti Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Loke menyeru semua parti politik di negara ini untuk tidak mengamalkan politik ekstrem dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk.

Beliau berkata, DAP tidak memusuhi mana-mana agama dan kaum di negara ini, namun menjadi kebimbangan apabila sentimen agama dan kaum digunakan sesetengah pihak ia akan menjejaskan keharmonian dalam masyarakat. 

“Ini sangat bahaya, seperti di Parlimen, kita dilabelkan sebagai kafir, itu sesuatu yang tidak patut, saya yakin rakan-rakan pemimpin Islam tidak bersetuju (perkara itu). Itu sesuatu yang sangat bahaya, Malaysia mesti kekal aman harmoni," katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, kerjasama parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah berlandaskan prinsip Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan ia satu hubungan yang baik bagi memastikan pentadbiran di negara ini berjalan lancar dengan harmoni.

Beliau berkata, kenyataan MCA bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk MCA dan DAP menjalinkan kerjasama menyeluruh adalah pandangan pemimpin parti itu, namun pihaknya fokus dalam memastikan persefahaman yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.

"Kita tidak melihat terhadap individu dalam parti, PH dan BN mempunyai hubungan baik. Kenyataan tersebut adalah pandangan masing-masing, MCA merasakan susah untuk bekerjasama itu pandangan mereka, ia tak menjejaskan hala tuju perjalanan kerajaan hari ini," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon yang ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-59 berkata, bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk kerjasama menyeluruh antara MCA dan DAP, namun kedua-dua pihak boleh mengekalkan kerjasama dalam isu tertentu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar