web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pengarah AADK Calon GPS Untuk PRK Jepak, PN Tidak Bertanding

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:34PM

Iskandar Turkee dipilih sebagai calon GPS di PRK DUN Jepak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Iskandar Turkee, 54, sebagai bakal calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini.

Beliau berkata Iskandar dipilih gabungan itu, berdasarkan kemampuan serta pengalamannya yang luas dalam kegiatan sosial masyarakat.

“Kesungguhan beliau juga boleh dilihat, apabila sanggup meninggalkan jawatannya (sebagai pengarah AADK) untuk berkhidmat untuk rakyat di Jepak.

“Walaupun ini hanya pilihan raya kecil, tapi bagi saya keputusan PRK ini besar (signifikan), untuk membuktikan sokongan rakyat kepada GPS untuk terus menerajui Sarawak,” katanya.

Sebelum ini Parti Bumi Kenyalang (PBK), sebuah parti pembangkang tempatan menamakan bekas anggota polis Stevenson Sumbang, sebagai calon mereka untuk PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip dari GPS, pada 15 Sept lepas.

Sebuah lagi parti pembangkang tempatan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) pula mengumumkan seorang ahli perniagaan Chieng Lea Ping, 64, sebagai calon mereka.

Allahyarham Talib menyandang kerusi DUN Jepak selama enam penggal sejak 1996.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Jepak.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi PN hari ini.

“PN akan memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK yang akan diadakan pada 2 Dis depan.

“Pada waktu yang sama, komponen-komponen parti PN juga sedang sibuk menguruskan Mesyuarat Agung Tahunan Parti di peringkat cawangan, bahagian dan nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK itu, dengan 31 Okt untuk pengundian awal dan 4 Nov sebagai hari pengundian.

PRK itu menyaksikan seramai 22,804 orang pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad