web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Menang Pelangai Untuk Bina Keyakinan Ke PRU16 – Tok Mat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 12:41PM

Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap di program Sembang Santai BN di Felda Chemomoi, Bentong. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai merupakan medan pertempuran kecil yang perlu dimenangi Barisan Nasional (BN) bagi membina keyakinan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan di Pelangai akan membantu membangkitkan semangat ahli, sekali gus memperkukuh parti selepas tewas teruk pada PRU lepas.

“Jadikan PRK ini medan kebangkitan kita, kita tidak boleh berasa selesa, jentera kena kerja keras untuk menang, kerana kita belum kuat selepas lemas pada PRU15, walaupun PRU16 jauh lagi, tapi di sini lah bermulanya persiapan kita untuk hadapi medan pertempuran yang sebenar itu.

“Tapi (kemenangan) tidak boleh jadi ukuran pada kemampuan dan kekuatan kita, kerana kita masih dalam fasa atau mood memastikan survival parti, kita masih belum kuat dan masih perlukan rakan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program Sembang Santai BN di Felda Chemomoi di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN bagi PRK Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Mohamad berkata UMNO hanya boleh menilai kekuatan parti itu semula pasca-PRU16 yang selewat-lewatnya diadakan pada Mei 2027.

“Buat masa ini, kita fokus menang di mana-mana PRK termasuk di Pelangai ini, saya yakin kita boleh menang malah dapat majoriti lebih banyak berbanding PRU15 lepas,” katanya.

PRK Pelangai pada 7 Okt ini diadakan susulan kematian Datuk Seri Johari Harun, 53, yang merupakan penyandang bagi DUN itu, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Amizar yang mewakili BN, Kasim Samat daripada Perikatan Nasional dan seorang calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Sementara itu, ditanya berkaitan gesaan veteran UMNO Abdul Rahman Bakar yang mahu rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu selepas kalah teruk pada PRU15 dan Pilihan Raya Negeri, Mohamad berkata perkara berkenaan akan dibincangan parti selepas selesai PRK Pelangai. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad