web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMK, NGO Buat Laporan Terhadap Ahli Parlimen Putrajaya

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 6:34PM

Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat Ashraf Ahmad Hadi (kanan) bersama pengerusi Pusat Transformasi Usahawan Datuk Badrul Hanif Ahmad menunjukkan laporan yang dibuat berkait tuduhan qazaf dan penghinaan terhadap Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin di JAWI hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin berhubung tuduhan qazaf membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco AMK Pusat Ashraf Ahmad Hadi berkata laporan itu dibuat bersama Pengerusi NGO Pusat Transformasi Usahawan (ETC) Datuk Badrul Hanif Ahmad mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Ini soal pertengkaran (di dalam Dewan Rakyat) yang dibawa hingga ke masyarakat luar termasuk di media sosial dengan ada pihak menuduh qazaf kepada Perdana Menteri.

“Keadaan ini amat mendukacitakan dan melampaui adab serta batas rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini.

Beliau berkata Islam menitikberatkan kepentingan menjaga aib dan maruah seseorang, namun pembangkang dilihat sengaja memainkan isu tersebut yang menyebabkan pihaknya terpanggil untuk membuat laporan agar selepas ini semua pihak tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan qazaf kepada individu lain yang berbeza pandangan politik.

Radzi, Ahli Parlimen Putrajaya telah menyebut beberapa perkataan jelik yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa lepas.

Sebelum ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia turut mengemukakan laporan kepada JAWI berkaitan perkara itu di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad