web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Sentuh Isu 3R Sepanjang Kempen PRK Pelangai - Polis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 5:09PM

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kawalan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Kemasul hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam termasuk isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihak yang bertanding dalam PRK itu juga perlu memohon permit ceramah daripada polis bagi tujuan keselamatan, selain tidak melakukan perbuatan seperti merosakkan bahan kempen pihak lawan. 

Beliau berkata, proses penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai hari ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Kita berharap semua calon yang bertanding dan penyokong parti untuk terus mematuhi peraturan pilihan raya dan undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini, hari ini. 

Selain itu, Yahaya juga menasihatkan parti bertanding supaya tidak memasang poster, bendera atau bahan kempen di simpang jalan kerana perbuatan itu boleh menganggu pandangan dan membahayakan pengguna jalan raya. 

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini, manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal.

Ditanya perkembangan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim dari parti PAS berhubung dakwaan memainkan sentimen 3R di akaun TikTok baru-baru ini, Yahaya berkata, polis sedang melengkapkan siasatan kes tersebut. 

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Pada 13 September lalu, Pegawai khas Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, Ahmed Wafiuddin Shamsuri membuat laporan polis mendakwa Shahril Azman memainkan sentimen 3R semasa berada dalam DUN Pelangai dengan video dimuat naik di akuan media TikTok ADUN tersebut. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar