web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amizar Abu Adam Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK DUN Pelangai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 10:28PM

Amizar Abu Adam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dinamakan sebagai calon Kerajaan Perpaduan, untuk menggalas cabaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu berkata, Amizar yang mahir dengan selok belok pentadbiran negeri Pahang adalah calon paling tepat untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang berkata, jentera Kerajaan Perpaduan negeri itu sememangnya bertuah kerana dibarisi calon berbakat besar, hingga pucuk pimpinan berdepan kesukaran untuk membuat pilihan.

"Ramai tokoh, ramai berbakat, dan saya percaya kalau kita letak enam-enam calon yang telah disenarai pendek semua boleh menang. Setelah berbincang dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, setelah meneliti, dan (akhirnya) beliau setuju dengan calon ini (Amizar)," katanya.

Getaran difahamkan, Amizar ialah anak jati Felda Chemomoi di Kuantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy memberitahu, beliau ingin menjadikan PRK Pelangai sebagai penamat kepada gelombang hijau.

"Saya amat berharap ahli UMNO dan jentera BN dapat merealisasikan hasrat berkenaan, seterusnya menterjemahkan impian itu dengan melakar kemenangan.

"Mari kita noktahkan kemaraan gelombang hijau bermula di DUN Pelangai. Ada 3,040 ahli UMNO di Pelangai, saya harap kita dapat keluarkan 90 peratus ahli UMNO untuk mengundi 7 Oktober nanti," katanya.

Kerusi DUN Pelangai mengalami kekosongan luar jangka, susulan kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun akibat tragedi pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Turut terkorban ialah tujuh individu lain, termasuk dua orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu, Allahyarham Johari memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi dan menewaskan pencabar terdekat dari Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.

Johari memungut 7,308 undi berbanding Kasim yang meraih 3,260 undi. - Getaran, 20 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar