web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Di Ibu Kota Gagal Patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:51PM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid (kiri) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai perhimpunan yang diadakan di ibu negara hari ini disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 850 peserta itu, gagal memenuhi butiran diperlukan oleh Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.

“Mengikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.

“Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Allaudeen berkata, kesemua maklumat tersebut penting kepada polis, dalam  memudah cara sesuatu perhimpunan, namun kekeliruan ditimbulkan penganjur terutamanya berkenaan lokasi perhimpunan menyukarkan polis menjalankan tugas mereka. 

Sehubungan itu, beliau berkata, polis akan melihat kembali tindakan susulan sewajarnya atas kegagalan perhimpunan yang bermula pada 1.15 tengah hari dan berakhir pada 3.30 petang di Kompleks Sogo itu dalam mematuhi APA 2012. 

“Kami akan melihat kepada kesemua aspek yang kami percaya menyebabkan perhimpunan hari ini tidak mematuhi kepada akta,” katanya.

Dalam pada itu, Allaudeen mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat penganjur berdasarkan tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut, dan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu laporan itu untuk tujuan pengelasan kandungan.

“Kami akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan, termasuk 16 individu yang berucap sepanjang perhimpunan tadi,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan mesej tular yang mengatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen ‘dikepung’ polis, sehingga tidak dapat menyertai perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, polis sudah menerima 22 laporan polis daripada individu yang tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar