web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menangkan Calon Amanah Tanggungjawab PH - Jazlan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:35PM

Nur Jazlan bersama-sama Allahyarham Salahuddin pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15, November lalu. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tanggungjawab memastikan kemenangan calon Amanah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, terletak pada Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, UMNO serta Barisan Nasional (BN) hanya boleh membantu menambah undi supaya kedua-dua kerusi itu kekal milik PH.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata ia berikutan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini.

"Ini tanggungjawab PH untuk menangkan calon, BN hanya boleh tambah undi tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menangkan calon.

"Sebab kerusi yang dimenangi oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub dulu menang majoriti besar, dan beliau bersama PH.

“PH yang kena pastikan orang yang undi mereka dulu kena keluar mengundi kali ini," katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai itu, Salahuddin mengalahkan dirinya dengan mendapat undi mutlak sebanyak 55.5 peratus.

Beliau berkata, Salahuddin dianggarkan memperoleh undi pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen berkenaan, berdasarkan kepada jumlah peratusan tersebut berbanding dengan undi Melayu.

“Dia tidak dapat undi Melayu dan masa itu orang mengundi tengok pada parti, tidak melihat pada calon. BN untuk kali ini hanya boleh tambah undi Melayu.

"Jadi PH kena pastikan undi asas bukan Melayu untuk keluar mengundi pada hari itu nanti. Sebab pada saya, kalau AMANAH nak mengharapkan undi simpati ekoran pemergian Salahuddin, itu sangat sedikit (peratusannya).

"Saya jangka, undi asas yang patut Suhaizan Kaiat (calon AMANAH di Parlimen Pulai) dapat adalah sama macam jumlah undi yang Salahuddin dapat dahulu," katanya.

Pada masa sama, Nur Jazlan juga yakin bahawa Johor tidak akan dilanda 'gelombang hijau' seperti apa yang berlaku pada pilihan raya di enam negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, ia terbukti sejak Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri sebelum ini apabila PAS gagal memenangi pertaruhan.

"Di Johor secara terang dari PRU lepas dan juga PRN lepas memang PAS tak ada pasak (di sini).

"Sudah terbukti mereka tidak menang di Johor," katanya. 

PRK Parlimen Pulai di Johor diadakan selepas kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

Selain Pulai, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram juga akan melalui PRK berikutan Salahuddin juga adalah wakil rakyat di kawasan berkenaan.

AMANAH sebelum ini mengumumkan kedua-dua kerusi itu akan ditandingi calon daripada parti berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September. – Getaran, 23 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad