web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Bukan Orang Yang Layak Terajui UMNO – Dr Mahathir 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:18PM

Dr Mahathir Mohamad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan bukan individu yang tepat untuk mengemudi UMNO, kata bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.  

Tegas beliau, 47 pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu turut mencemarkan UMNO yang kini tidak lagi menjadi pilihan utama kaum Melayu. 

"Ini bukan UMNO yang ditubuh, ini UMNO yang kena hi-jack oleh orang yang mempunyai perjuangan yang berlainan. Dia tak layak langsung (pimpin UMNO), ada 47 pertuduhan terhadap dia. Dia minta nak jadi Timbalan (Perdana Menteri) kononnya pasal TPM dia tidak akan dihukum.  

“Tapi saya harap dia akan dihadapkan ke mahkamah dan tidak ada pengaruh lain yang cuba menyelamatkan dia, " katanya di dalam satu sidang media semalam.  

Dr Mahathir menyatakan demikian ketika diminta mengulas prestasi buruk UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.  

Jelas mantan Pengerusi BERSATU itu, UMNO sewaktu berada di puncak kegemilangan banyak memberikan manfaat buat rakyat, khususnya ke atas kaum Melayu. 

Salah guna kuasa yang berleluasa dalam parti itu bagaimanapun jelas beliau, membuatkan UMNO semakin dipandang sepi mutakhir ini. 

"Kita lihat dulu UMNO adalah satu parti yang disokong oleh seluruh negara, sehinggakan Britisih pun kita dapat tewaskan , kemerdekaan pun kita dapat capai, pembangunan negara pun berlaku semasa UMNO memerintah. 

"Tetapi apabila ada pemimpin yang bukan utamakan perjuangan UMNO sebaliknya lebih utamakan apa yang pemimpin dapat, cash is king, (habis) rosak UMNO. Sejak itu kita lihat prestasi UMNO merudum dan sentiasa turun, sampai sekarang ini tidak tinggal apa-apa dah,” katanya. 

Kesal dengan senario itu, Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi berkata, UMNO kini dipandang hina ahli sendiri, malah pimpinan parti tersebut juga didakwa bersikap autokratik apabila menyingkirkan sesiapa sahaja jika tidak sehaluan. 

Ahmad Zahid kini berdepan dengan asakan agar beliau berundur dari tampuk kepimpinan parti selepas gagal mengemudi Barisan Nasional (BN) mencipta kejayaan pada PRN, 12 Ogos lalu. 

Beliau disifatkan sebagai punca kekalahan malah faktor yang menyebabkan ahli akar umbi berpaling tadah dan mengundi blok pembangkang. - Getaran, 19 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar