web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH-BN Bentuk Kerajaan Negeri Di Pulau Pinang, Menang 2/3 Kerusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 11:37PM

Chow Kon Yeow - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Gabungan Perpaduan berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang selepas memperoleh kemenangan di dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Gabungan itu yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata DAP berjaya mengekalkan kemenangan di 19 kerusi DUN ditandingi parti itu, manakala PKR menang di tujuh daripada 13 kawasan ditandinginya.

Calon BN menang di dua daripada enam DUN ditandinginya, iaitu di Bertam dan Sungai Acheh, manakala AMANAH hanya berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Bayan Lepas.

"Bilangan kerusi dimenangi Kerajaan Perpaduan cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

“Jumlah berkenaan bukan sahaja mencukupi, tetapi Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti dua pertiga di Pulau Pinang,” katanya di sini.

Kon Yeow berkata, beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Bagaimanapun keputusan PRN kali ini tidak mencapai sasaran 30 kerusi yang diletakkan selain kurang lapan kerusi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, beliau turut menolak kegagalan PH mencapai sasaran menang di 30 kerusi DUN pada PRN kali ini berpunca daripada ramai calon muka baharu.

 "Calon muka baharu dipilih semua parti komponen Kerajaan Perpaduan. Malah, semua calon baharu yang dipilih DAP mencatatkan rekod cemerlang dan menang di semua kerusi ditandingi mereka.

"Justeru, saya lebih gemar untuk melihat kepada perubahan politik yang berlaku ketika ini sebagai faktor menyumbang kegagalan Kerajaan Perpaduan mencapai sasaran menang di 30 kerusi DUN.

"Kita perlu menerima perkembangan ini dan Kerajaan Perpaduan perlu meneliti punca kenapa orang ramai kurang gembira. Kita akan menganalisa keputusan PRN dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Pada masa sama, Kon Yeow berkata, lantikan EXCO kerajaan negeri akan dibuat selepas beliau dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Katanya, barisan EXCO akan ditetapkan dalam perbincangan dengan semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan. – Getaran, 12 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar