web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh Kerajaan Perpaduan Untuk Lebih Stabil, GPS, GRS Akur Hasrat YDPA

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 7:53PM

Fadillah Yusof - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Persetujuan GPS dan GRS untuk penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU 15) November lalu adalah bagi memastikan sebuah pentadbiran negara yang stabil dan kukuh.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kedua-dua gabungan parti politik dari Sarawak dan Sabah itu akur dan menghormati hasrat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mahukan semua parti politik di negara ini bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mengakui ada banyak cerita yang menidakkan hasrat baginda itu, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata, beliau sendiri terbabit dan antara yang dipanggil menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Kami (dalam) GPS, GRS akur untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan atas satu hasrat selain meghormati titah Yang di-Pertuan Agong untuk wujudnya (sebuah) kerajaan yang stabil, kerajaan yang kukuh sebab diperlukan kestabilan dan kekukuhan itu untuk kita pastikan, kita dapat pulihkan ekonomi negara kita.

“Kita tidak akan mampu untuk memulihkan ekonomi negara kita kalau kita tidak ada kestabilan,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI di Negeri Sembilan, malam tadi.

Bagaimanapun beliau berkata, biarpun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju denga hasrat baginda itu, ada kelompopk lain yang tidak bersetuju serta dilihat menidakkan hasrat serta melawan titah Yang di-Pertuan Agong.

Fadillah berkata, tanpa kestabilan dalam pentadbiran negara, seperti yang dibuktikan pada penggal lepas apabila berlaku pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri, menyukarkan pelaburan asing untuk masuk ke Malaysia.

@pakatansub2 #kedah #pn #bersatu #pas #perikatannasional #fyp #foryou #fadilah #kerajaanperpaduan #gps #muhyiddinyassin #hadi #sanusi #grs #anwaribrahim #umno ♬ original sound - Harapan

Beliau berkata, dengan kestabilan itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memakmurkan negara, seterusnya membantu mensejahterakan rakyat.

Katanya, itu adalah komitmen GPS dan GRS dalam Kerajaan Perpaduan.

“Itulah komitmen GPS dan ini lah kami turun bersama GRS untuk bersama mengesahkan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang komited untuk membangunkan ekonomi negara kita dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, apabila Kerajaan Pusat sudah stabil dan kuat, pentadbiran di negeri juga perlu bersama-sama dan memberikan sokongan.

Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri, sukar untuk membangunkan negara dan ia bakal menjadi cabaran dalam usaha membantu rakyat.

“Jadi tidak ada cara lain tuan-tuan, puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan berjuanglah bersungguh-sungguh memastikan bahawa Negeri Sembilan dan kalau dapat semua negeri yang (melalui pilihan raya ini, berilah kemenangan kepada calon BN dan PH.

“Kalau kita bersama di Kerajaan Pusat dan negeri insyaAllah lebih mudah kita memperjuangkan matlamat kita untuk wujudkan kestabilan untuk wujudkan kemakmuran negara untuk kesejahteraan rakyat,” katanya. – Getaran, 9 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 bulan yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad