web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Penduduk Di Kelaboran Mahu Kemudahan Asas Lebih Baik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 12:09PM

Seorang warga emas mengayuh sampan bagi melakukan aktiviti harian ketika tinjauan di Kampung Pulau Tongkang, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Penduduk 14 kampung di gususan pulau-pulau yang berpenghuni di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran berharap perkampungan mereka dibekalkan dengan kemudahan asas yang lebih baik demi keselesaan kepada kehidupan harian penduduk.

Antara 14 kampung di gugusan pulau berpenghuni di Delta Sungai Kelantan yang memerlukan kemudahan asas seperti itu ialah Pulau Suri, Pulau 100, Pulau Beluru, Teluk Renjuna, Pantai Baru, Pulau Tongkang, Pulau Haji Nik Mat dan Pantai Timun. 

Penduduk kampung yang ditemui berkata kemudahan diperlukan adalah bot awam, sebuah sekolah menengah, jeti konkrit serta jalan simen konkrit atau bertar.

Penduduk dari Pulau Tongkang, Yusof Salleh, 76, berkata walaupun rata-rata penduduk kampung di gugusan pulau-pulau berkenaan mempunyai bot masing-masing namun mereka memerlukan bot awam untuk kegunaan harian kerana kebiasaannya bot peribadi digunakan untuk mencari rezeki di sungai atau di laut.

"Boleh dikatakan hampir semua penduduk di sini memiliki bot sendiri tetapi belum ada bot awam yang diberikan oleh kerajaan Pusat atau negeri.

"Bot awam amat penting untuk beri keselesaan sebab bot kami ini tidak ada bumbung, malah kalau boleh setiap jeti utama ada bot awam untuk memudahkan urusan keluar masuk penduduk ke daratan dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Penduduk di Pantai Timun, Samsudin Yusof, 53, pula berkata apabila berlaku kematian mereka memerlukan bot yang lebih panjang sekurang-kurangnya 28 hingga 29 kaki bagi memuatkan jenazah dan tiga pengiring untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.

"Kadangkala kami terpaksa meminta bantuan penduduk di pulau seberang untuk mendapatkan bot yang sesuai untuk membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Kelaboran dan Teluk Renjuna (Tumpat) dan Kampung Che Latif (Kota Bharu) yang mengambil masa kira-kira 30 minit," katanya.

Mohd Nizam Yusoff, 25, juga dari Kampung Pantai Timun pula berkata pembinaan jeti konkrit amat diperlukan untuk menggantikan jeti kayu di kawasan itu yang sudah uzur dan berbahaya untuk digunakan.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Kelaboran yang juga anak jati gugusan pulau, Rosdi Razali berkata beliau akan berusaha membantu lebih 5,000 penduduk kampung di pulau yang memerlukan pembangunan seimbang dari segi prasarana dan sebagainya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Rosdi akan menentang penyandang dari PAS Mohd Adanan Hassan dengan pertembungan satu lawan satu bagi DUN Kelaboran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar