web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PN Usah Terlalu Yakin, Kami Wakili Anak Tempatan - Calon PH-BN 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 3:42PM

Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim pada temu bual khas bersama wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia baru- baru ini sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 Selangor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEKINCHAN - Calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di utara Selangor optimis mampu menyumbang kemenangan kepada gabungan itu meskipun parti lawan menyuarakan keyakinan bakal mendominasi wilayah itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata sebagai penyandang kerusi dan anak tempatan, beliau melihat keyakinan berlebihan Perikatan Nasional (PN) kononnya mereka akan menyapu bersih semua kerusi di utara Selangor, bakal memakan diri.

"Saya rasa keyakinan PN terlalu tinggi sehingga terlupa sentimen anak tempatan yang mana penduduk percaya calon lokal lebih memahami isu setempat dan layak membawa suara dan permasalahan mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Kita sedia maklum peranan dan tanggungjawab ADUN ini adalah untuk membina dasar serta perancangan bagi pembangunan negeri dan kawasan yang diwakili dan pastinya hanya anak tempatan yang lebih mengerti serta faham lanskap sesuatu DUN tersebut,” katanya kepada Bernama.

Calon PH DUN Sekinchan, Ng Suee Lim pula berkata beliau yakin wakil gabungan PH-BN mampu meraih kemenangan jika semua anggota dan jentera parti bekerjasama mendekati pengundi sebagai satu pasukan.

Beliau yakin PH-BN mampu menenggelamkan kebangkitan yang ingin diteruskan PN apabila membuat kejutan memenangi beberapa kerusi Parlimen di utara negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Dengan rekod pentadbiran kerajaan negeri serta tawaran-tawaran yang terkandung dalam manifesto PRN Selangor yang diumumkan baru-baru ini, saya yakin rakyat dapat membuat penilaian terbaik sebelum memberi undi.

“PRU lepas kita bertanding melawan sesama sendiri tetapi untuk PRN ini, saya yakin penyokong PH dan BN akan bersatu memberi sokongan kepada calon mewakili gabungan PH-BN atas semangat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri yang seiring dengan Kerajaan Perpaduan di Persekutuan,” katanya. 

Sementara itu, calon BN DUN Sungai Burong, Mohamad Khir Ramli percaya gabungan PH-BN memberi kekuatan tambahan kepada gerak kerja parti di peringkat akar umbi untuk mengekalkan kemenangan di kawasan itu.

"Saya penuh yakin akan menang. Kalau sebelum ini jentera kita yang bergerak berasingan pun masih kuat memberi saingan, pastinya ‘perkahwinan’ PH-BN ini menjadikan kita lebih kuat dalam mengatur strategi menggempur lawan. Insya-Allah kita mampu pertahan DUN Sungai Burong," katanya.

Pada PRU lepas, tiga kawasan Parlimen di utara Selangor iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang ditawan PN dengan majoriti kemenangan masing-masing sebanyak 5,056, 2,721 serta 1,970 undi.

Hari mengundi bagi PRN di enam negeri termasuk Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berlangsung 12 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar