web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Politik Jangan Sampai Menghina, Kenapa Tak Berkempen Secara Matang? 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 7:41AM

Muhammad Khizri Abu Kassim - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) seharusnya berkempen secara matang dan berhemah termasuk di media sosial, walaupun ketika membicarakan isu sensasi. 

Kecewa dengan senario semasa, calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeniri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim meluahkan rasa sedih apabila turut dijadikan ‘modal’ oleh pihak tertentu. 

Dedah beliau, namanya ditukar kepada perkataan kesat oleh pihak tertentu sejurus selepas dirinya diumumkan menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

"Secara jujur, bila perkara yang melibatkan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya (itu tidak elok lah). Saya boleh bertahan kalau orang nak menghina saya dan sebagainya, tetapi apakah perasan ibu dan ayah saya? 

"Walaupun kita berpolitik, walaupun kita di pentas mana sekali pun, kita boleh menyaringkan suara di tempat-tempat tertentu, kita boleh meninggikan nada tapi jangan sampai menghina dan sebagainya," katanya. 

Khizri menyatakan demikian dalam wawancara bersama pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki Aksan menerusi sesi Padu Podcast malam tadi. 

Sesi bual bicara itu malam tadi membincangkan isu 'Mulut Longkang' dan disiarkan di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan YouTube. 

Podcast yang diacarakan oleh pelawak komedi itu kali ini bersiaran dengan membincangkan pelbagai topik berkait pilihan raya negeri dan menampilkan ahli politik sebagai tetamu jemputan.

Meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku, beliau memberitahu, provokasi berbentuk perkataan kasar, kesat dan menghina sepatutnya tidak terjadi dalam kempen pilihan raya. 

Muhammad Khizri Abu Kassim memeluk seorang ahli keluarganya pada Hari Penamaan Calon baru-baru ini - gambar Facebook
Muhammad Khizri Abu Kassim memeluk seorang ahli keluarganya pada Hari Penamaan Calon baru-baru ini - gambar Facebook

Jelas Ketua UMNO Sik itu, keadaan tersebut mencerminkan ketidakmatangan dan boleh menjejaskan keamanan proses berkempen.   

"Saya akui orang Kedah memang kasar, tetapi bukan sampai ke peringkat keluarkan kata-kata kesat, bukan sampai kena keluarkan perkataan lucah, bukan begitu. Orang Kedah ini kalau melawak itu, memang kasar sedikit. 

"Saya rasa Datuk (Afdlin) pun faham orang dalam industri hiburan kawan-kawan dalam kalangan pelakon, pelawak dan sebagainya, orang Kedah orang Penang ini memang kasar sedikit, tetapi itulah dipanggil sense of humor.  Tetapi ia tidaklah sampai satu keadaan yang menghina orag, menggunakan perkataan yang tak elok, kesat lucah dan sebagainya, itu bukan budaya kita," katanya. 

Muhammad Khizri Abu Kassim (kiri) sempat bergurau dengan pencabarnya, Muhammad Sanusi Md Nor ketika Hari Penamaan Calon DUN Jeniri baru-baru ini - gambar BERNAMA
Muhammad Khizri Abu Kassim (kiri) sempat bergurau dengan pencabarnya, Muhammad Sanusi Md Nor ketika Hari Penamaan Calon DUN Jeniri baru-baru ini - gambar BERNAMA

Kisah nama Khizri ditukar kepada sejenis haiwan didedahkannya ketika berceramah baru-baru ini mendapat liputan meluas media tempatan.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan pihak lawan sebagai cubaan provokasi ke atas beliau, yang berdepan tugas berat menentang Muhammad Sanusi. - Getaran, 3 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad