web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceramah Tetap Dapat Sambutan, Orang Ramai Pilih Tonton Dalam Talian

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 8:39PM

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (duduk, tengah) menunjukkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) bersama pelajar-pelajar CS Tuition di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Jumlah pengunjung ke ceramah Pakatan Harapan (PH) di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang semalam yang rendah, bukan disebabkan kurang sokongan terhadap PH sebaliknya orang ramai memilih menonton ceramah itu secara dalam talian.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata ceramah berkenaan semalam, turut disiarkan secara dalam talian di media sosial seperti Facebook parti itu.

“Sekarang ni norma baharu, jadi mereka tukar kaedah mendengar ceramah dengan tengok di dalam talian...kita ada Facebook live, mungkin reach di situ (Facebook) lebih besar daripada fizikal.

“Tetapi kita perlu berusaha walaupun secara dalam talian, fizikal kita perlu capai sasaran orang ramai, lagi pun semalam baru hari pertama dan kita ada 13 hari lagi (kempen), melibatkan pelbagai bentuk aktiviti termasuk lebih penting lagi jelajah mesra,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar tular di media sosial, yang memaparkan banyak kerusi kosong berbanding orang ramai ketika ceramah PH itu, namun pemerhatian di Facebook DAP Pulau Pinang mendapati, ceramah tersebut ditonton lebih 16,700 pelayar laman sosial berkenaan.

Chow yang juga calon DUN Padang Kota pada PRN itu, turut menolak dakwaan kononnya mereka yang hadir pada ceramah tersebut, meninggalkan dewan tersebut ketika seorang pemimpin DAP berucap sebagai tanda protes, sebaliknya pengunjung bertindak sedemikian kerana malam semakin lewat.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap kempen PH setakat ini, Chow berkata berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, kempen secara tinjauan mesra dan bersemuka oleh calon-calon PH di negeri itu, diterima baik oleh pengundi.

“Saya hadir pada pembukaan pusat khidmat DUN Perai tadi dan saya dimaklumkan ketika tinjauan mesra calon (DAP) di pasar Taman Chai Leng, sambutan sangat bagus, malah semasa saya di Bayan Baru tadi turut mendapat sambutan yang baik...tapi kita tak nak over confident lah,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar