web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Beri Kebenaran Guna Semua Kaedah, Bahan Kempen Kecuali Timbulkan Provokasi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 10:38AM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tengah) pada sidang media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat SPR, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, kecuali kaedah dan bahan kempen yang menyebarkan perasaan jahat, tidak puas hati atau menimbulkan provokasi, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata lambang, simbol atau bendera parti politik calon yang bertanding termasuklah lambang, simbol atau bendera parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, adalah dibenarkan untuk dipamerkan secara bersama atau berasingan.

"SPR sudah menubuhkan 252 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen," katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen, gabungan atau pakatan pada bahan kempen pilihan raya.

Beliau berkata gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen termasuklah gambar pemimpin parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya calon atau parti politik yang bertanding.

"Pemimpin yang dimaksudkan adalah individu-individu yang mempunyai apa-apa jawatan di mana-mana peringkat di dalam parti atau parti gabungan atau komponen," katanya.

Abdul Ghani berkata calon-calon boleh mula berkempen selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 11 Ogos (Jumaat).

"SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar