web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tak Zalimi Sesiapa, Termasuk Pembangkang - Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:00AM

Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJONG KARANG -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menzalimi sesiapa termasuklah individu daripada parti pembangkang.

Anwar berkata beliau tahu bagaimana kehidupan di dalam penjara dan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri.

“(Kalau ikutkan) saya dikritik, sudah lama saya ambil tindakan. Kalau ikut kadang-kadang geram, saya dah perosok dalam lokap tetapi tidak boleh sebab negara ini negara hukum (ada undang-undang).

“Orang PAS ke, orang Bersatu ke, saya tidak akan zalimi kerana saya tahu apa dia sengsara duduk dalam penjara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Perdana Menteri berkata demikian susulan pendakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, 48, di dua Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.  

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata anak muda perlu mempunyai kefahaman dalam memacu perubahan negara seperti yang dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah, Ali bin Abi Talib, yang memainkan peranan utama ketika peristiwa hijrah umat Islam dari Makkah ke Madinah. 

“Anak muda bukan setakat pegang bendera, jerit-jerit. Ikut dengan kefahaman. Kalau tanya setuju, sokong Anwar atau Pakatan Harapan, Barisan Nasional, biar dengan kefahaman,” katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad