web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Samsuri Menghadap Sultan Terengganu Mohon Perkenan Bubar DUN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 9:30AM

Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tiba di Istana Syarqiyyah di sini, pada 8.38 pagi untuk sesi menghadap berkenaan.

Beliau sempat membuka cermin kereta dan melambai tangan ke arah pengamal media yang berkumpul di luar istana. 

Dijangka tiada sidang media khas mengenai pengumuman tarikh pembubaran DUN hari ini, sebaliknya menteri besar hanya akan mengeluarkan kenyataan bertulis setelah selesai sesi menghadap.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.

Tempoh mandat bagi DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

DUN Kelantan dibubarkan pada 22 Jun manakala DUN Selangor sehari selepas itu.

DUN Kedah dan Pulau Pinang masing-masing akan dibubarkan esok manakala DUN Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada 30 Jun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad