web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Cemerlang OKU Penglihatan Mahu Bergelar Pakar Psikologi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 8:00PM

Nur Dayini Iwani (kanan) tidak mahu mengaku kalah walaupun terpaksa melepaskan cita-citanya untuk bergelar pakar psikiatri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelajar cemerlang orang kurang upaya (OKU) penglihatan Nur Dayini Iwani Ahmad Khairul tidak mahu mengaku kalah walaupun terpaksa melepaskan cita-citanya untuk bergelar pakar psikiatri.

Demi minat yang mendalam, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh keputusan 7A itu tetap mahu meneruskan pengajian dan memilih untuk mendalami bidang psikologi.

“Sebenarnya saya sasarkan untuk jadi doktor psikitri, jadi saya ambil Asasi Sains. Selepas tahu kelayakan bagi golongan kurang upaya tidak banyak dalam bidang perubatan, mak sarankan saya untuk jadi pakar psikologi sahaja.

“...ada juga doktor tidak menyarankan untuk saya jadi doktor,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kurang Upaya Penglihatan anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di sini hari ini.

Pelajar berusia 18 tahun itu mengakui menangis dan kecewa selepas mengetahui perkara berkenaan dan ada doktor mencadangkan agar dia menjalani pembedahan mata apabila mencapai usia 20 tahun jika mahu meneruskan cita-citanya sebagai doktor psikiatri.

Berkongsi cabaran berikutan masalah penglihatan dialaminya, Nur Dayini yang buta mata kanan sejak lahir berkata ketika melangkah ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sains Rembau, dia sering menangis kerana diejek oleh pelajar lain.

“Apabila memikirkan kesusahan dan kesungguhan ibu bapa yang banyak berhabis duit untuk kos pembelajaran, saya tetapkan hati untuk terus mencuba," katanya.

Menceritakan keputusan 1A, 6A- dan 2B+ dalam SPM yang diumumkan baru-baru ini, Nur Dayini berkata ini adalah berkat menjaga hubungan dengan Allah serta banyak bertanya kepada guru jika tidak faham dalam sesuatu mata pelajaran.

Sementara itu, seorang remaja albino yang juga mengalami masalah penglihatan Arif Zulkarnain Azriman, 18, berkata selain usaha bersungguh-sungguh, dukungan guru-guru dan bantuan rakan-rakan ketika membuat ulang kaji secara berkumpulan menjadi kunci kejayaannya memperoleh keputusan 9A.

"Saya amat meminati subjek berkaitan agama dan sains. Paling tidak sangka saya memperoleh A- dalam mata pelajaran Sejarah kerana sewaktu percubaan dahulu gagal," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan itu.

Arif Zulkarnain berharap dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan meneruskan pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Komputer kerana sangat meminati bidang berkenaan. 

Seramai 28 pelajar OKU penglihatan menerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2022 oleh MAB dengan mereka yang memperolehi 6A hingga 8A membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 manakala keputusan 9A dan ke atas sebanyak RM2,000. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad