Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 1 jam yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 1 jam yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 1 jam yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 1 jam yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


Jangan Jadi Pengecut, Pembangkang Sila Buat Usul Undi Tidak Percaya PM

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangkang digesa mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Parlimen akan datang, jika benar memiliki ‘angka’ sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, tindakan Perikatan Nasional (PN) menggunakan akuan bersumpah (SD) bukanlah cara terbaik dan dituntut dalam sistem demokrasi berparlimen.

Menurut beliau, sekiranya tidak direalisasikan, ia hanyalah polemik politik yang diwujudkan oleh pembangkang seperti pernah dilakukan sebelum ini, apabila mendakwa memiliki jumlah SD mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar fail
Dr Hussain Yusri Zawawi - Gambar fail

“Cara SD ini boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja, tandatangan hari ini, esok boleh batalkan dah. Lebih baik buat undi tidak percaya bagi tangani persepsi yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, kerana kalau bercakap berkenaan nombor, dulu pun pembangkang kata mereka memilikinya namun tidak jadi seperti sepatutnya.

“Sekiranya benar, sudah disokong bahawa Anwar sudah kehilangan majoriti di Parlimen, barulah ada keperluan untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Hussain berkata, pembangkang seharusnya menyahut seruan Perdana Menteri yang menggesa pembangkang membawa akuan SD ke persidangan Dewan Rakyat, selepas mendakwa memperoleh sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Saranan Anwar agar PN perlu membawa usul SD itu ke persidangan Parlimen membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berjiwa besar, tidak gentar dan menunggu dengan hati terbuka sama ada perkara itu akan dibuat oleh pembangkang atau sebaliknya.

“Usul undi tidak percaya itu sekiranya dibuat adalah lebih baik untuk kerajaan bagi mematikan desas-desus dan persepsi negatif yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Perdana Menteri serta kerajaan sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Anwar menggesa pembangkang supaya membawa akuan SD yang menyatakan sokongan Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu timbul selepas terdapat khabar angin, kononnya ada satu lagi gerakan dicetus oleh Perikatan Nasional (PN) yang didakwa memiliki SD mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan. 

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada bukti dan laporan menyatakan pembangkang yang diketuai Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Walaupun ada wakil rakyat kerajaan mencadangkan agar pembangkang yang mahu membuat usul undi tidak percaya itu supaya mengemukakan SD berkenaan sebelum 5 Mei, ia  bukan keutamaan pihak terbabit ketika ini.

Pembangkang kini lebih menumpukan kepada usaha dan membuat persiapan rapi untuk memenangi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun atau Julai nanti.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, khabar angin itu diyakini tidak mampu menjadi kenyataan berikutan Anwar mempunyai sokongan kuat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“PN ketika ini hanya ada 74 kerusi dan perlu jumlah yang besar. Kalau mereka dapat 30 kerusi pun belum cukup untuk menumbangkan kerajaan kerana ketika ini gabungan Sabah dan Sarawak solid menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

“Jumlah sokongan terhadapnya besar kerana layanan Anwar kepada Sabah dan Sarawak tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Tindakan itu sudah cukup bagi mengekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

“Namun, saya tidak nampak gabungan itu akan keluar untuk bersama PN bagi membentuk kerajaan baharu kerana ini hanyalah gambaran populis dan isu yang dimainkan pembangkang untuk mencabar kepimpinan Anwar,” katanya.

Jamaie berkata, pembangkang seharusnya berhati-hati kerana tindakan mereka itu dilihat mampu membuatkan rakyat muak dan tidak mustahil, menolak PN pada PRU-16.

Menurut beliau, rakyat  bimbang tindakan itu akan menyebabkan berlakunya kembali ketidakstabilan politik sehingga menyebabkan ekonomi merudum.

Kemelut ekonomi itu jelasnya, akan menyebabkan ramai pelabur luar lari, sekali gus meningkatkan kadar pengangguran. 

“Jika ini satu provokasi politik, rakyat melihat ini kesalahan besar oleh pembangkang kerana sudah jelas Kerajaan Perpaduan diasaskan berdasarkan saranan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Pelbagai pihak juga akan melihat bahawa apa dilakukan pembangkang sebagai tindakan tidak boleh diterima dan akan menunjukkan golongan ini sentiasa berusaha mendapatkan kuasa walaupun tidak mendapat persetujuan daripada rakyat menerusi PRU.

“Saya tidak fikir pembangkang akan selesa jika dapat membentuk kerajaan kerana akan berlaku perkara sama. Cukuplah dengan pengalaman kita hadapi pada PRU-14 dan sekarang ini perlu bersama-sama dalam menjaga kestabilan politik, ekonomi. Bukan lagi tentukan siapa hendak berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Kerajaan pimpinan Anwar kini dianggap kuat dan stabil dengan sokongan melebihi dua pertiga iaitu 148 ahli Parlimen.

Pada 19 Disember 2022,  Anwar berjaya melepasi ujian pertamanya selepas Dewan Rakyat meluluskan undi percaya terhadapnya  secara undian suara. 

Dengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai Perdana Menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah dan membentuk Kerajaan Perpaduan, dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) serta parti politik dari Sabah dan Sarawak. - Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Cerita Kisah Perkenalan 39 Tahun Dengan Anwar, Syed Mokhtar Sifatkan PM Sebagai ‘Abang’

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Seru Konglomerat Supaya Sokong Pembangunan Seni

3

Semasa 1 hari yang lalu

KPKT Teliti Syarat Tetapkan Pemaju Perumahan Sedia Rumah Mampu Milik

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Gunakan Naratif Kolot Dan Jumud’, Pesan Anwar Kepada Abdul Hadi

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

Semasa 15 jam yang lalu

KKR Kenal Pasti 38 Projek Sakit Seluruh Negara - Abdul Rahman

Luar Negara 1 hari yang lalu

Joe Biden Tersandung Di Majlis Graduasi Tentera Udara

Semasa 1 hari yang lalu

Sabah Perlu Pembenihan Awan Segera - Armizan