web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Jangan Sibuk, Selesaikan Dulu Isu Di 3 Negeri Milik Anda! - Wei Kiat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 9:52AM

Chua Wei Kiat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS diminta menyelesaikan terlebih dahulu segala isu berbangkit di Kedah, Kelantan dan Terengganu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, beliau optimis rakyat, khususnya pengundi di Selangor tidak mudah termakan dengan retorik agama dan perkauman dimainkan PAS.

Menurut beliau, taktik seumpama itu tidak lagi berkesan untuk memenangi hati pengundi.

“Kalau sekadar mengeluarkan kenyataan politik bersifat sentimen perkauman dan agama untuk memikat hati pengundi, saya yakin pengundi Selangor tidak akan termakan taktik tersebut.

“Selama tiga penggal Pakatan Harapan (PH) memegang negeri Selangor, rakyat dapat merasai keikhlasan kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dua hari lalu.

Roslan dipetik sebagai berkata, Perikatan Nasional (PN) meletakkan sasaran untuk memenangi 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada PRN yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun ini.

Menurut beliau, sasaran itu sekiranya dicapai, PN menerusi gabungan PAS dan BERSATU mampu membentuk kerajaan di Selangor.

Membidas kenyataan Roslan itu, Wei Kiat berkata, umum mengetahui bahawa PN hanya berniat untuk membuat kacau di negeri yang dikuasai PH.

“Selain menyasar memenangi 33 kerusi DUN dan berminat menarik 2 20 peratus pengundi bukan Melayu, PN tidak dapat memberitahu pengundi Selangor, apa hala tuju mereka selain hanya mengulang  fitnah dan memohon maaf kepada pemimpin PH.

“Sebelum ini, hasil selidik IPSOS menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat terhadap hala tuju keadaan ekonomi Malaysia, iaitu 53 peratus pada 2023, berbanding 38 peratus pada 2022,” katanya.

Jelas beliau, peratusan berkenaan adalah kedudukan keempat, dalam 26 negara yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan.

“Yang lebih menarik perhatian ialah 62 peratus rakyat Malaysia semakin yakin terhadap keputusan dan halatuju dasar ekonomi.

“Aspek ini mencatatkan kedudukan ketiga dalam 26 negara itu,” katanya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang itu, rakyat dan pelabur hilang keyakinan terhadap pemimpin negara selepas peristiwa Langkah Sheraton, yang turut membawa bersama ketidakstabilan politik.

“Tapi dapatan IPSOS ini menunjukkan keadaan sudah berubah setelah Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya.

“Kerajaan Perpaduan sudah membuktikan mereka berjaya menjaga kebajikan, perumahan, kesihatan dan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

4

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad