web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Susah Bersahabat Dengan PAN, Hanya Boleh Jadi Kawan Tapi…’ - Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 1:00PM

Dr Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) pimpinan Datuk Seri Mohamad Sabu tidak layak dijadikan sahabat perjuangan tetapi hanya sekadar kawan politik. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menegaskan, sikap AMANAH boleh menjejaskan kestabilan dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, parti tersebut bertindak biadap berhubung isu pengampunan diraja terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sikap berdiam diri Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terhadap kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad menunjukkan ia adalah pendirian rasmi AMANAH. 

“Apatah lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayob agar UMNO menerima keputusan Lembaga Pengampunan.

“Parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu lebih wajar dipanggil sebagai parti PAN bukan parti AMANAH. PAN hanya layak jadi kawan politik bukan sahabat perjuangan. 

“Sebab itu memang susah bersahabat dengan PAN. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan Kerajaan Perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Sementara itu, Puad menyifatkan kenyataan dikeluarkan Khalid agar permohonan pengampunan dan pembebasan Najib ditolak, sebagai menghina budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Beliau berkata, UMNO akur terhadap proses perundangan berhubung isu pengampunan terhadap Najib dan langsung tidak bersuara apabila ahli lembaga tidak membincangkan kes mantan Presiden UMNO itu, dua hari lalu. 

“Masalahnya ialah PAN. Kenapa beri tekanan agar permohonan pengampunan itu ditolak. UMNO tidak bising pun bila Lembaga Pengampunan tidak bincang kes Najib dua hari lalu. UMNO memohon secara tertib.

“Masalahnya PAN desak Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan Najib yang disokong oleh UMNO. Maka PAN yang tidak tertib, hina budi bicara Agong dan secara jelas tolak kuasa mutlak baginda bila buat desakan itu,” katanya. 

Terdahulu, Khalid menerusi kenyataannya baru-baru ini menegaskan AMANAH berpendirian menolak pengampunan Najib bagi menjaga nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, AMANAH berpandangan, pengampunan terhadap Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara ini dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kerajaan terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Tambah beliau, ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran