web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Cemari Peluang Anwar Jadi PM Terbaik - ARMADA

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 2:00PM

Wan Ahmad Fayhsal memberi ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipandang negatif selagi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata demikian semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan sayap parti itu di sini hari ini, dengan mendakwa Zahid dan UMNO, parti diterajuinya membebankan Anwar.

“(Anwar) mungkin Perdana Menteri terbaik, tetapi Zahid dan UMNO akan sentiasa menjadi liabiliti,” katanya sambil disambut sorakan gemuruh daripada hampir 500 perwakilan.

Keputusan Anwar melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri mendapat banyak kritikan kerana beliau kini berdepan 47 pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Zahid harus diberi peluang yang adil untuk dibicarakan oleh mahkamah yang bebas dan tidak berat sebelah.

Beliau juga menegaskan sejak berkuasa, tidak ada sebarang kejadian rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kalangan barisan pemimpinnya, yang terdiri daripada ahli pelbagai parti dan gabungan.

Sementara itu, Wan Fayhsal merujuk kepada UMNO yang juga rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan dan parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP sebagai sebahagian daripada punca mengapa politik Melayu berada dalam "zaman kemerosotan".

“Gabungan tidak suci antara UMNO dan DAP adalah pengkhianatan hipokrit terbesar dalam sejarah politik Melayu.

“Bagi orang Melayu, UMNO telah kehilangan kompas moral, kaitan politik dan misinya apabila bekerjasama dengan DAP.

“Kami (BERSATU) telah menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu,” katanya sambil mendakwa hanya Ahli Parlimen pembangkang yang "cukup berani" untuk mempertahankan isu Melayu di Parlimen.

Suasana pada Perhimpunan Agung Tahunan sayap parti itu kelihatan suram dan tidak meriah kerana Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Sepanjang ucapan Wan Fayhsal, kedengaran perwakilan yang hadir melaungkan slogan menggesa Anwar dijatuhkan dan “keadilan” untuk Muhyiddin. – The Vibes, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan