web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PEJUANG Kemuka Permohonan Sertai PN - Mukhriz

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 1:22PM

Mukhriz Mahathir - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) berhasrat menjadi parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN), demi memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memohon hasrat PEJUANG itu diterima.

Menurutnya, lebih menguntungkan sekiranya pihaknya menyertai dan menggunakan lambang PN, berbanding memeterai kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya yang hanya disebabkan ingin mengelak dari pertindihan kerusi.

“Ini bermakna kesepakatan PEJUANG dengan PN itu tidak terhad hanya kepada pilihan raya negeri yang bakal berlangsung Jun ini, malah untuk jangka masa panjang.

“Penyertaan PEJUANG sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, adalah tidak memadai sekiranya kerjasama berbentuk pakatan pilihanraya (electoral pact) diwujudkan hanya tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi.  

Jelasnya, paling sukar untuk diterima apabila lambang berasingan digunakan pihak yang berpakat bagi membentuk gabungan politik.  

“Keputusan untuk membuat permohonan ini sudah disepakati Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG dua hari lalu, selepas penelitian dan penilaian khusus semua opsyen gabungan atau kerjasama politik yang ada dibuat.

“Ini adalah sesuai dengan mandat kami peroleh dari Perhimpunan Agung PEJUANG kali ke-2,” katanya.  

Jelasnya, surat permohonan tersebut juga dihantar kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau.

“Adalah diharapkan kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan PEJUANG dan memberi respon positif,” katanya.  

Terdahulu, media tempatan melaporkan PEJUANG berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menumpukan kepada usaha pengukuhan parti itu, sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.

Mukhriz berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali keduanya, ekoran kekalahan teruk parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Sehubungan itu, Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 12 pemimpin lainnya bertindak keluar daripada parti terbabit, dengan 11 daripada mereka turut mengikutinya menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), baru-baru ini.

PEJUANG ditubuhkan Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri pada Ogos 2020, sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad