web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gunakan Masa Perbahasan Bangkit Isu Kawasan, Bukan Retorik - Timbalan Speaker

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 11:27AM

Ramli Mohd Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands-BN) memulakan persidangan hari ini dengan teguran keras kepada Ahli Parlimen, mengingatkan mereka supaya menumpukan isu berbangkit di kawasan masing-masing dan bukannya perkara “retorik”.

Beliau yang memberi peringatan itu sebelum memulakan sesi pertanyaan bagi jawab lisan hari ini menegaskan, masa yang diperuntukkan untuk perbahasan harus digunakan Ahli Parlimen mempamerkan aspirasi mereka.

“Saya ingin menasihatkan Ahli Parlimen supaya menggunakan masa yang diberikan untuk membentangkan perbahasan mereka dengan cara yang memfokuskan kepada kawasan masing-masing.

“Ini kerana jika kita melihat retorik yang berkaitan (yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen), ia tidak mencerminkan aspirasi Ahli Parlimen di dewan yang mulia ini,” katanya.

Semasa perbahasan Belanjawan 2023 semalam, Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang-PN) menggunakan masanya untuk mengingatkan pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya kerajaan tumbang sekali lagi dengan cara yang sama seperti kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Presiden PAS itu sebaliknya mencadangkan bahawa kejadian seumpama itu adalah berpunca daripada perbuatan dan kelemahan kerajaan sendiri.

Minggu lalu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Baru-PN) menghabiskan sepenuh masanya untuk membahaskan titah diraja yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) hipokrit dalam usaha memerangi rasuah.

Pada hari yang sama, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN) juga membayangkan bahawa kerajaan menyediakan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden PAS itu bagaimanapun memohon maaf atas kenyataan beliau dengan menyatakan perkara itu tidak harus berlarutan dan fokus perlu diberikan kepada isu mendesak yang melibatkan kepentingan orang ramai. - The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya Hidup 2 tahun yang lalu

Teguran Kasih Sayang Buat 'Content Creator'

2

Politik 3 tahun yang lalu

Kenyataan Hadi Hanya Retorik Politik, Anwar Yakin Pimpin Kerajaan Cukup Penggal

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Teguran, Beri Penjelasan Berhubung Lantikan Nurul Izzah

4

Politik 3 tahun yang lalu

Tinggalkan BERSATU Demi Kepentingan Rakyat Sabah - Masidi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad