web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Hadi Hanya Retorik Politik, Anwar Yakin Pimpin Kerajaan Cukup Penggal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:22PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenyataan dibuat Perikatan Nasional (PN) terhadap Kerajaan Perpaduan hanyalah satu retorik politik.

Malah beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kerajaan pimpinannya itu mampu berdiri kukuh selama sepenggal.

“Ia tak lebih daripada sekadar retorik politik,” katanya di Putrajaya, seperti dipetik New Straits Times, hari ini.

Beliau menegaskan, tidak kira apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada beberapa gabungan parti termasuk bekas musuh akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis Kementerian Luar bersama diplomat Malaysia di Putrajaya, bagi mengulas kenyataan Hadi di Parlimen semalam bahawa pembangkang mempunyai hak untuk menjatuhkan atau melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan.

Minggu lalu ketika di Dewan Rakyat, Hadi turut berkata, pembangkang tidak harus dipersalahkan jika kerajaan tumbang sekali lagi dengan cara yang sama seperti perpecahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Semasa persidangan di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menegaskan, Hadi sepatutnya dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Rayer menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat kenyataan Hadi sehingga mencetuskan kemarahan beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang. – The Vibes, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

4

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad