web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Ismail, Adil Ketika Jadi PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:00PM

Rayer berterima kasih kepada Ismail Sabri kerana memperuntukkan dana sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera-PH) dikejutkan dengan ucapan terima kasih daripada seorang Ahli Parlimen DAP ketika berucap di Dewan Rakyat kerana mentadbir secara adil semasa menerajui kerajaan.

RSN Rayer (Jelutong-PH) mencelah mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri yang menerajui kerajaan dari Ogos 2021 hingga November 2022 kerana memperuntukkan dana sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti.

“Sebagai ahli DAP, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat (Ismail) yang memberikan peruntukan kepada kami untuk dilaksanakan di kawasan kami semasa kami menjadi pembangkang.

“Ini adalah sesuatu yang perlu dirakamkan dalam dewan yang mulia ini,” kata Rayer ketika Ismail membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, ketika Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bera itu tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap pembangkang.

Pendekatan tersebut menurutnya, adalah sesuatu yang berbeza daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) yang menjadi Perdana Menteri sebelum Ismail Sabri.

Muhyiddin berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Rayer mendakwa Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU bertindak membalas dendam terhadap mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-PH) dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (Bagan-PH) dengan mendakwa mereka  mereka di mahkamah.

“Tidak berlaku apa-apa perkara balas dendam semasa pentadbiran YB, bukan seperti Pagoh (Muhyiddin) yang membalas dendam terhadap Muar (Syed Saddiq) dan Bagan (Guan Eng).

 “Ketika pentadbiran YB (Perdana Menteri), perkara ini tidak pernah berlaku. Jadi, terima kasih,” katanya.

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM100,000, manakala Guan Eng didakwa menerima rasuah berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ismail Sabri Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera

4

Politik 3 tahun yang lalu

Proses Memecat, Menggantung Pemimpin UMNO ‘Cacat’ - Ismail Sabri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam