web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Memecat, Menggantung Pemimpin UMNO ‘Cacat’ - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 11:01PM

Ismail Sabri yang tidak bersetuju dengan keputusan itu menjelaskan, tindakan berkenaan bertentangan prinsip keadilan, khususnya membabitkan hak membela diri. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, termasuk mantan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tan Sri Noh Omar dibuat tanpa mengikut proses perundangan sewajarnya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak bersetuju dengan keputusan itu menjelaskan, tindakan berkenaan bertentangan prinsip keadilan, khususnya membabitkan hak membela diri.

“Malam tadi, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) mengumumkan pemecatan KJ (Khairy) dan penggantungan enam tahun Datuk Seri Hishamuddin Hussein (mantan Naib Presiden), Noh (yang kemudiannya dipecat atas kehendak beliau sendiri), Shahril Hamdan (Naib Ketua Pemuda) serta Datuk Seri Mohd Salim Shariff (Ketua UMNO Bahagian Jempol).

“Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan terbabit atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan, selain bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri,” katanya menerusi status di Instagram.

Ismail Sabri yang juga mantan Perdana Menteri berkata, keputusan pemecatan dan penggantungan itu, tidak mengikut proses sewajarnya kerana tiada surat tunjuk sebab diberikan untuk mengetahui pertuduhan terhadap mereka.

Katanya, semua pemimpin berkenaan juga tidak diberi ruang menjawab pertuduhan menerusi surat tunjuk sebab.

“Jika yang menuduh tidak berpuas hati, maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri dan beliau boleh membawa saksi, manakala tuduhan perlu dibuktikan.

“Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.

“Jawatankuasa pengurusan UMNO kemudiannya perlu berbincang dan membawa cadangan kepada MKT untuk (dibuat) keputusan, namun proses ini tidak dilaksanakan,” katanya

Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau diberitahu bahawa jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan, tetapi hanya memaklumkan mengenai terdapat laporan dibuat terhadap pemimpin berkenaan.

“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan terbabit kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.

“Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, UMNO memecat Khairy dan Noh kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menurutnya, parti itu turut menggantung keahlian Hishammuddin, Shahril, Mohd Salim dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan