web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khaled Nordin Umum Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 5:39PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.

Mohamed Khaled memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya terus berbakti kepada UMNO, selain bersama kepemimpinan melaksanakan usaha pemulihan parti selepas prestasi hambar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu.

“Saya ingin umumkan penawaran diri saya sebagai Naib Presiden UMNO yang mana tujuannya adalah semata-mata untuk berkhidmat dan meneruskan bakti pada parti.

“Penawaran diri ini, saya sedar dalam keadaan dan saat parti kita ini tidak berada dalam kedudukan terbaik dan dianggap jauh daripada orang Melayu,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi itu, beliau tekad mengembalikan semula kepercayaan yang hilang dalam kalangan orang Melayu terhadap UMNO dan usaha pemulihan wajar dijadikan tumpuan semua ahli.

“Dengan bekerja bersama semua yang percaya bahawa parti yang lemah seperti parti kita pada hari ini, haruslah kita sama usaha bangkitkan kembali.

“Saya berharap mendapat keizinan semua agar saya dapat meneruskan ikhtiar untuk kita memeta semula perjalanan parti kita ini untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya.

Selain Mohamed Khaled, belum ada mana-mana pemimpin UMNO lain yang mengesahkan diri bertanding merebut tiga jawatan Naib Presiden parti, beberapa hari sebelum tempoh pencalonan berakhir Ahad ini.

Naib presiden UMNO adalah jawatan nombor tiga dalam UMNO dan ketika ini, turut disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Sementara itu, Ismail Sabri hari ini memaklumkan masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan atau melepaskan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang ketika ini.

Berbaki lima hari sebelum pendaftaran calon pemilihan UMNO 2023 ditutup 26 Februari depan, beliau bagaimanapun mengesahkan akan bertanding jawatan ketua bahagian UMNO tanpa menamakan secara spesifik bahagian tersebut.

Ismail Sabri ketika ini menyandang jawatan Ketua Bahagian UMNO Bera, Pahang.

“Saya sudah menghantar borang pencalonan untuk jawatan ketua bahagian.

“Sebelum ini, saya membayangkan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden, namun saya belum membuat keputusan rasmi mengenainya,” katanya. - Getaran 21, Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad