web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Tidak Terkejut Jika UMNO Gantung, Pecat Saya’ - Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 1:08PM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun belum mendapat sebarang maklum balas daripada Lembaga Disiplin UMNO berhubung status keahliannya dalam parti itu, Khairy Jamaluddin tidak akan terkejut sekiranya beliau digantung atau dipecat.

Katanya, ia ekoran beberapa pemimpin sebelum ini, tidak diberi peluang mempertahankan diri dan keahlian mereka digantung Majlis Tertinggi.

Memaklumkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, Lembaga berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang surat untuk memanggilnya bagi memberi kenyataan atau menjelaskan mengapa tindakan perlu diambil terhadapnya.

“Mengenai isu disiplin, ia perlu dikendalikan lembaga disiplin. Tetapi Majlis Tertinggi sudah membuat banyak keputusan secara unilateral, tanpa merujuk kepada lembaga disiplin.

“Sebagai contoh, berkaitan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Saya tidak akan terkejut jika mereka tidak merujuk saya kepada lembaga,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai kemungkinan dirinya digantung, mantan Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan menunggu keputusan dibuat.

Malah, beliau mengulangi kenyataannya bahawa sebarang tindakan tatatertib mesti melalui Lembaga disiplin, termasuk proses seharusnya dilakukan, seperti mengeluarkan surat tunjuk sebab, dipanggil memberi kenyataan dan mengadakan perbincangan.

“Kemudian hanya lembaga disiplin yang boleh membuat keputusan, membawanya kepada perhatian jawatankuasa pengurusan parti dan Majlis Tertinggi,” katanya.

Khairy pernah menjadi ahli jawatankuasa pengurusan ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO selama lapan tahun.

Sementara itu, The Vibes melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan UMNO berdepan kemungkinan dipecat daripada parti itu dan ia mungkin diketahui malam ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga mereka adalah antara senarai panjang nama ahli UMNO yang disebut lembaga disiplin parti untuk dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dibuat Majlis Tertinggi yang bermesyuarat di ibu pejabat parti malam ini.

Kenyataan sumber berkenaan dibuat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Majlis Tertinggi akan menentukan nasib Khairy.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan bahawa tindakan tatatertib tidak akan hanya tertumpu kepada Khairy, sebaliknya parti dijangka melakukan pembersihan besar-besaran.

Sebelum ini, Khairy, yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15, menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan selepas UMNO mengalami prestasi pilihan raya paling teruk dalam sejarah penubuhannya.

Semasa berkempen pada PRU-15, Khairy berkata, UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid sudah hilang arah dan memerlukan ‘pembersihan’.

Khairy juga antara mereka yang menentang keputusan parti menetapkan dua jawatan tertingginya tidak bertanding pada pemilihan, malah mendakwa terdapat ‘perwakilan hantu’ dibawa masuk ke PAU baru-baru ini untuk mengundi usul tidak bertanding.

Terdahulu, pada Disember lalu, UMNO memecat mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga penyokong kuat kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) atas alasan beliau mencemarkan nama parti.

Beliau antara lain secara terbuka meminta Ahmad Zahid untuk tidak menentang keputusan UMNO sebelum ini yang tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada Oktober tahun lalu, Tajuddin digantung daripada parti kerana mengkritik presidennya secara terbuka. – The Vibes, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi