web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul 2 Jawatan Tertinggi Tak Dipertanding Menghairankan, Bertentangan Peraturan – UMNO Johor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 12:24PM

Perubahan politik semasa dan kelangsungan UMNO, katanya, memerlukan penyelesaian spesifik dan bukan secara serkap jarang, justeru badan perhubungan parti itu di negeri wajar diberikan autoriti lebih bermakna - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Usul tambahan dibawa perwakilan Negeri Sembilan semalam, agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, disifatkan sebagai ‘tidak sempurna’ dan tidak boleh diteruskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).

Perwakilan Johor merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, usul tambahan itu tidak selari dengan Fasal 30, Buku Perlembagaan UMNO dan Perkara 10, Peraturan Persidangan, selain perlu dimurnikan mengikut Perlembagaan serta peraturan mesyuarat.

Katanya, beliau pelik bagaimana usul tambahan itu boleh diterima dan dibahaskan, malah berfikir mungkin UMNO sekarang sudah menjadi parti ‘asal boleh’.

“Namun, seingat saya, Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sudah berjabat tangan, ready to fight (bersedia untuk bertanding) dengan KJ (Khairy Jamaluddin).

“Seingat saya, Presiden pun berjiwa besar dan seingat saya, Presiden tidak ada masalah untuk bertanding serta yakin untuk mempertahankan jawatan. Begitu juga Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Tapi, semalam, kita pula membahaskan mengenai usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atas nama perpaduan dan kestabilan parti.

“UMNO Johor ingin bertanya, sampai bila kita ingin menunggang perpaduan parti atau kestabilan parti?” katanya ketika menjadi perwakilan pertama yang membahaskan usul pada hari terakhir PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Mengulas lanjut Pandak berkata, sekiranya benar UMNO ingin perpaduan dan kestabilan, mengapa hanya jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan - Gambar Fail
Mengulas lanjut Pandak berkata, sekiranya benar UMNO ingin perpaduan dan kestabilan, mengapa hanya jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan - Gambar Fail

Semalam, Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin ketika menyampaikan usul tambahan susulan Ucapan Dasar Presiden, mengejutkan hadirin apabila mengesyorkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Walaupun disokong Perwakilan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ia mendapat reaksi berbeza daripada beberapa perwakilan lain.

Kenyataan beliau turut mencetuskan kekecohan di Dewan Merdeka WTC kecoh apabila ada beberapa perwakilan bangun bertepuk tangan dan meneriakkan persetujuan masing-masing. 

Segelintir perwakilan pula menolak usul itu dengan mengejek dan melaungkan cemuhan, termasuk ‘boo’.

Sebagai rujukan, Fasal 30 Buku Perlembagaan UMNO memaklumkan bahawa perlembagaan itu boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas, malah hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan menurut Akta Pertubuhan 1966.

Perkara 10, Peraturan Persidangan pula menyatakan, kecuali sebagaimana diisyaratkan dalam Peraturan Persidangan, apa-apa usul hendaklah disampaikan pemberitahu itu tidak kurang daripada 14 hari terlebih dahulu, tetapi jika usul itu atas nama MKT, maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahuan tujuh hari sahaja terlebih dahulu.

Mengulas lanjut Pandak berkata, sekiranya benar UMNO ingin perpaduan dan kestabilan, mengapa hanya jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan.

“Kenapa bukan semua jawatan parti di Bahagian dan Cawangan juga tidak dipertandingkan? Barulah perpaduan dan kestabilan parti terjaga!

“Bawalah usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan parti di Bahagian dan Cawangan. Tak perlu kelulusan dan persetujuan MKT dan due process yang sepatutnya,” katanya.

Fasal 30 Buku Perlembagaan UMNO memaklumkan bahawa perlembagaan itu boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas, malah hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan menurut Akta Pertubuhan 1966 - Gambar oleh Azim Rahman
Fasal 30 Buku Perlembagaan UMNO memaklumkan bahawa perlembagaan itu boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas, malah hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan menurut Akta Pertubuhan 1966 - Gambar oleh Azim Rahman

Jelas beliau, UMNO kini berada dalam dilema politik, seakan ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Justeru, katanya, bagi mengukuhkan masa hadapan parti, UMNO Johor ingin mengesyorkan beberapa penyelesaian terhadap dilema berkenaan.

Syor pertama jelas Pandak, parti perlu membenarkan badan perhubungan UMNO negeri untuk menjadi lebih signifikan.

Perubahan politik semasa dan kelangsungan UMNO, katanya, memerlukan penyelesaian spesifik dan bukan secara serkap jarang, justeru badan perhubungan parti itu di negeri wajar diberikan autoriti lebih bermakna.

Menurut Pandak, sebagai contoh, pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mestilah dipilih dalam kalangan Barisan Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan bukan dilantik oleh Presiden.

“Autoriti ini diharapkan dapat mempengaruhi keputusan utama parti, menyesuaikan keputusan utama parti dengan selera politik tempatan dan memastikan ia diterima sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, syor kedua adalah menyemak semula Agenda Melayu memandangkan UMNO memilih untuk menyokong kerajaan perpaduan dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Namun katanya, semakan itu harus bermula dengan UMNO dahulu dan bagi UMNO Johor, ia adalah tugas hakiki parti untuk mengembalikan kepercayaan sebilangan besar orang Melayu, khususnya di kawasan luar bandar serta golongan muda kepada kerajaan perpaduan.

Jelas Pandak, kini adalah masa yang sesuai untuk memperkukuh semula the soul of UMNO (roh UMNO).

“Roh perjuangan dan ideologi parti perlu diperkuat, agar UMNO dapat menguasai semula naratif politik Melayu. UMNO parti yang sudah lama berjasa. Keberadaan parti ini selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) adalah satu kejanggalan politik yang tidak dapat dielakkan lagi.

“Seperti saya katakan tadi, mungkin sudah takdir parti ini sebegitu. Kita tidak ada pilihan selain daripada menerima dan melakukan yang terbaik untuk memperbaharui parti kita.

“Kepada bahu kita jualah, parti ini dapat dipulihkan semula. Semoga roh perjuangan dan ideologi UMNO sentiasa hidup, segar dan sentiasa mekar, merentasi masa hadapan yang masih belum sempurna riwayatnya,” katanya.

Sementara itu, Pandak berkata, merujuk kepada perumpamaan ‘leaders do not always know all’ (pemimpin tidak mengetahui semuanya), pemimpin UMNO perlu mengambil kira pandangan akar umbi.

Tegasnya, ia bagi usaha mendepani landskap politik baharu dan ketidaktentuan UMNO, bagi survival parti itu.

“UMNO mesti menjadi juara dalam membela nasib rakyat,” katanya. – Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad