web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendedahan Zahid Tutup Peluang 10 MP Menang Pemilihan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 7:02AM

Tindakan Ahmad Zahid itu berpeluang mengecilkan atau menutup terus ruang dan peluang individu terbabit untuk memperoleh sebarang jawatan dalam pemilihan akan datang - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, disifatkan sebagai langkah ke depan untuk menghadapi pemilihan parti.

Tindakan itu berpeluang mengecilkan atau menutup terus ruang dan peluang individu terbabit untuk memperoleh sebarang jawatan dalam pemilihan akan datang.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, imej individu yang didedahkan itu kini sudah pun terjejas dari segi moral dalam kalangan ahli akar umbi UMNO.

Lebih malang, menurutnya, setiap nama yang didedahkan turut terpalit dengan persepsi sebagai ‘pengkhianat’ apabila semua ketua sayap parti menggunakan naratif tersebut dalam ucapan mereka.

Dr Mazlan Ali berkata, imej individu yang didedahkan itu kini sudah pun terjejas dari segi moral dalam kalangan ahli akar umbi UMNO - Gambar Fail
Dr Mazlan Ali berkata, imej individu yang didedahkan itu kini sudah pun terjejas dari segi moral dalam kalangan ahli akar umbi UMNO - Gambar Fail

“Tindakan terbabit saya lihat adalah berkait dengan pemilihan parti yang akan diadakan kelak. Ia secara tak langsung mendedahkan siapa lawan dan siapa kawan kepada Ahmad Zahid selaku Presiden parti.

“Apabila semua ketua sayap menggunakan naratif ‘pengkhianat’ dalam ucapan masing-masing, ia memberikan kesan besar terhadap imej kumpulan itu.

“Saya jangkakan jika mereka bertanding pada pemilihan kelak, peluang untuk mereka mendapat sebarang jawatan amat tipis,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Mazlan berpendapat, Ahli Parlimen didedahkan itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan, memandangkan status dipegang mereka sebagai wakil rakyat di peringkat Persekutuan bakal mengundang implikasi lebih besar jika dibuang daripada parti.

“Tapi apabila identiti mereka sudah didedahkan itu pun sudah boleh dianggap sebagai hukuman kerana imej mereka agak tercalar di kalangan ahli parti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, pendedahan Ahmad Zahid hanya sekadar untuk memberitahu antara bentuk pengkhianatan yang berlaku dalam parti.

Othman Desa berkata, pendedahan Ahmad Zahid hanya sekadar untuk memberitahu antara bentuk pengkhianatan yang berlaku dalam parti -  Gambar Fail
Othman Desa berkata, pendedahan Ahmad Zahid hanya sekadar untuk memberitahu antara bentuk pengkhianatan yang berlaku dalam parti - Gambar Fail

Menurutnya, Presiden hanya mahu pemimpin parti lain tahu bahawa tindakan mereka tidak selari dengan kehendak kepemimpinan dan perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku.

“Presiden hendak memberitahu pengikut parti (mengenai) pelbagai bentuk pengkhianatan supaya ia tidak lagi berlaku dalam parti pada masa akan datang, dengan harapan pengikut dan pemimpin terus setia serta menghormati keputusan kepemimpinan,” katanya.

Beliau juga berkata, kesudian Ahmad Zahid memaafkan tindakan Ahli Parlimen tersebut adalah satu ciri pemimpin berjiwa besar, sekali gus menunjukkan Presiden parti secara tidak langsung mengambil ibrah daripada sirah Nabi Muhammad SAW.

“Sewaktu pembukaan semula Kota Makkah, tindakan Nabi Muhammad SAW memaafkan golongan yang pernah memusuhinya membuatkan lebih ramai warga kota tersebut memeluk Islam.

“Jadi tidak salah jika tindakan tersebut dicontohi, malah kita akan dapat terus memperkukuh saf kepemimpinan UMNO untuk menghadapi cabaran di masa depan.

“Bagaimanapun, pada masa sama, pemimpin yang didedahkan tersebut harus tidak mengulangi lagi kesilapan mereka dan terus berjanji setia dengan perjuangan parti,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Tanjong Karang Nyata Sokongan Terhadap PM, Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong PN Hanya Spekulasi - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi