web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:04AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafız Syed Abdul Fasal mendakwa 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sokongan itu, yang dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen 26 Februari ini, akan melibatkan wakil rakyat khususnya daripada BERSATU dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Melaka.

"Secara keseluruhannya, Ahli Parlimen Perikatan Nasional terutama daripada BERSATU rasa amat kecewa dan tidak dihargai serta tidak dijaga oleh parti sebab sehingga ke hari ini, BERSATU tiada hala tuju yang jelas.

"BERSATU jarang memanggil Ahli Parlimennya untuk berbincang dan macam mana nak membantu Ahli Parlimen BERSATU untuk kekal di kawasan masing-masing," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Syed Abu Hussin Hafız berkata, masalah kewangan adalah faktor utama kerana setiap Ahli Parlimen telah berjanji untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing, namun selepas lebih setahun, tiada bantuan diberikan oleh parti.

Beliau turut menyeru Ahli Parlimen BERSATU supaya segera memberi sokongan kepada Anwar supaya fokus pembangunan yang dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan Perdana Menteri ketika ini dapat dilakukan di kawasan mereka.

Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafız, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad