web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Ahli Parlimen Kerajaan Akan Sokong PN Hanya Spekulasi - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 5:47PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat. 

Beliau berkata, kenyataan terbaru oleh seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu, bukanlah perkara yang menghairankan.

“Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang, kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan, dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini, hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad