web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Berpindah Ke Sungai Buloh, ‘Ini Perjalanan Yang Belum Selesai’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 8:05PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu, kawasan tersebut tetap dekat di hati bekas calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Khairy mengumumkan beliau sudah menjadi ahli UMNO bahagian Sungai Buloh baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu dalam satu video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh dalam satu majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

“Sebenarnya saya nak simpan berita ini tetapi saya nak beritahu kepada tuan-tuan. Ini ekslusif sebab gelombang itu tercetus di Saujana Utama. Jadi saya terhutang budi.

“Semalam saya buat carian di dalam sistem keahlian UMNO, nama saya Alhamdulillah keluar bahagian Sungai Buloh,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh tetamu yang hadir.

Menurut beliau, keputusan berpindah itu dibuat kerana mahu menyelesaikan perjalanannya yang tertangguh selain ingin menjadikan Sungai Buloh sebagai kubu kuat BN.

“Ini boleh dikatakan unfinished distance (perjalanan yang belum selesai). Saya tak suka tinggalkan sesuatu yang tak sampai kesudahannya. Sebab saya memang orang macam tulah, agak perfectionist sikit. Kalau kalah mesti buat sampai menang.

“Saya tak suka tinggalkan begitu saja. Dan saya rasa tidak adil tuan-tuan dan puan-puan, saya datang ke sini sebagai calon parachute high profile, bila tak menang, lepas tu terus saya cabut lari tempat lain. Tidak,” katanya.

Pada PRU-15 yang lalu, Khairy tewas tipis kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R Ramanan yang menang di kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendahului dengan 50,943 undi manakala Khairy memperolehi 48,250 undi.

Mengulas lanjut mengenai keputusan tersebut, Khairy berkata, beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan pemimpin bahagian lain termasuk Datuk Harison Hassan.

“Saya dah bincang dengan kawan-kawan saya, sebab saya tak nak langgar orang. Ini kawan-kawan saya. Datuk Megat walaupun Setiausaha Politik saya dulu, dia pemimpin juga. Saya dah minta pandangan dia, pandangan Datuk Harison, dua-dua kata please come.

“Soal pemilihan nanti kita bincanglah adik-beradik macam mana nak buat. Yang penting seperti mana saya sebutkan tadi, saya datang bukan hanya nak bertanding, kalah terus hilangkan diri. Tidak. Saya kekal di sini sehinggalah kita menang Parlimen Sungai Buloh,” katanya.

Terdahulu, Khairy tidak menolak kemungkinan beliau bertanding semula untuk jawatan Presiden UMNO.

Mantan Menteri Kesihatan itu hanya berkata ‘kita lihat’, sambil tersenyum apabila ditanya sama ada beliau sekali lagi akan bertanding bagi jawatan tertinggi parti terbabit.

Ketika bertanding untuk jawatan itu pada 2018, beliau tewas kepada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kempennya di kerusi Sungai Buloh, Khairy mengakui suatu hari nanti beliau ingin memimpin UMNO dan negara sebagai Perdana Menteri. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 51 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar