web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Masuk Akal Tauke Judi Nak Taja Kumpulan Dituduh Taliban - Hadi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 2:00PM

Abdul Hadi berkata tindakan pelilik syarikat perjudian menyumbang kepada PAS atau PN adalah suatu perkara bodoh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan tidak masuk akal untuk tauke syarikat perjudian menyumbang kepada kumpulan yang dituduh sebagai Taliban serta pihak paling agresif mahu menutup pusat aktiviti haram itu.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ia juga tindakan bodoh pemilik syarikat perjudian sekiranya benar mereka menyumbang kepada partinya mahupun Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, hanya pihak yang memiliki minda terbuka sahaja boleh menerima tuduhan mengatakan tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PAS dan PN yang dipimpin, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hal ini bermakna tauke judi itu sangat bodoh, walaupun pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerimanya yang ditarik bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan.

“Sedangkan sahamnya jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet kelmarin, membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, saham syarikat perjudian hanya meningkat semula selepas PH mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi bersih namun diikuti dengan pembentukan Kabinet yang ‘kotor’.  

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN mendakwa, barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan terdiri daripada bekas banduan walaupun telah mendapat keampunan selain golongan kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya.

“Ia juga mempunyai pemimpin yang terdiri daripada pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi.

“Apabila PAS memerintah Kelantan, maka diambil suatu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan pemimpin semua agama. Mereka memaklumkan judi turut diharamkan semua agama,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran partinya hanya terhad kepada premis perjudian.

“Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik PH, merangkap Menteri Kewangan juga.

“Apabila kerajaan PAS Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian dan sebagainya di bawah bidang kuasanya, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH, walaupun dalam perkara yang hanya berkait dengan hak umat Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata, adalah malang bagi mereka yang berwajah Islam di dalam PH hanya sekadar diam membisu terhadap isu penutupan pusat perjudian yang disambut baik umat Islam di negara ini.

“Pepatah Melayu ada menegaskan, kalau rumah berdinding kaca jangan dikacau rumah orang lain, nanti kalau dibalas maka berkecailah dinding rumah kamu itu.

“Mereka juga boleh melakukan dengan cara menipu orang yang sangat bodoh, khususnya melalui media bagi melariskan penipuan itu.

“Pada masa sama, mereka laksanakan penjual ubat yang boleh menjual biji tahi kambing, jika pandai mensyarahkannya, maka boleh ditafsirkan menjadi majun yang laris dijual,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad