web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permuafakatan Besar Bentuk Kerajaan Perpaduan Harus Dipertahan, Dikekalkan - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 9:03AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - 'The grand coalition' atau permuafakatan besar yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti komponen lain harus dipertahan dan dikekalkan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara gabungan parti politik yang terlibat harus dikekalkan untuk tempoh yang lebih lama berbanding lima tahun demi mencapai Malaysia yang gemilang.

"Insya-Allah kerjasama ini bukan lima tahun, bukan 10 tahun, bukan 15 tahun, atas keikhlasan kita akan bekerjasama dalam satu pasukan sebagai 'the grand coalition'.

“Antara parti-parti yang bergabung untuk membentuk sebuah negara yang lebih gemilang dan saya amat yakin jika trend ini dapat kita pertahankan, jika penyatuan dan perpaduan ini dapat kita teruskan, insya-Allah Malaysia akan lebih gemilang," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikan ketika berucap pada program Ceramah Mega Ayuh Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di sini malam ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau yakin menerusi pentadbiran Kerajaan Perpaduan, ekonomi negara akan menjadi lebih baik sekali gus mampu mengatasi masalah kos sara hidup rakyat selain memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk datang ke negara ini.

Sementara itu, beliau berkata sekiranya usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen nanti dapat diluluskan, maka Kerajaan Perpaduan yang didukung oleh semua kaum akan menjadi kerajaan yang paling mantap dalam sejarah politik negara.

"Politik baharu bukan politik perkauman, politik baharu bukan politik agama, politik baharu di Malaysia perlukan landskap baharu dengan semua bangsa, semua agama, semua keturunan, semua budaya bangsa bersatu sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyeru pengundi di Padang Serai supaya memilih calon PH Dr Mohamad Sofee Razak pada hari pengundian Rabu ini bagi memastikan wakil rakyat di kawasan itu 'sealiran' dengan kerajaan pusat.

Turut hadir pada program itu Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha PH merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad