web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindir Kerajaan Perpaduan, Kenyataan Abdul Hadi Biadab, Keterlaluan - PH Terengganu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 4:04PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cemuhan dilemparkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai biadab dan keterlaluan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, meski tidak menyebut sebarang nama, penulisan Ahli Parlimen Marang itu jelas merujuk kepada Anwar.

Menurut beliau, pelantikan Anwar adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Malangnya, politik songsang pintu belakang Langkah Sheraton hari ini mempamerkan segala budaya yang jelik dan derhaka daripada seorang bergelar ulama dan juga pemimpin Melayu.

“Penulisan terbaru Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang kelihatan mencemuh tindakan 'pengadil' yang konon katanya, berat sebelah kerana menambah waktu perlawanan supaya pihak yang kalah boleh dimenangkan 'dengan apa cara sekalipun'. Ini adalah tuduhan yang serius serta biadap,” katanya hari ini.

Raja Kamarul Bahrin berkata, ada juga berpendapat penulisan Abdul Hadi itu merujuk kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan oleh Barisan Nasional (BN) dan PH di Pahang, yang dibuat atas perkenan Istana Pahang.

Tegas beliau, pembentukan kerajaan Persekutuan dan Pahang dibentuk mengikut undang-undang negara serta negeri, bersandarkan kuasa dimiliki pihak Istana.

“Penulisan Abdul Hadi secara terbuka kelihatan derhaka (kerana) menuduh pihak Istana tidak berlaku adil dan melanggar, seolah menipu undang-undang dan seterusnya mencabar tindakan pihak Istana.

“Jika beliau tidak berpuas hati beliau sepatutnya boleh mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah, bukan menghina kuasa dan tindakan Istana secara terbuka dan tidak beradab ketika pihak Istana sedang cuba membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Susulan kenyataan, Raja Kamarul Bahrin menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kenyataan Abdul Hadi dengan segera mengikut Akta Hasutan kerana didakwa menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Semalam, Abdul Hadi membuat hantaran di media sosial berkenaan peraturan pertandingan bola sepak, dengan fokus terhadap ketetapan masa tambahan membabitkan kecederaan atau kedua-dua pasukan yang mencatatkan keputusan seri ketika bertanding. 

Jelasnya, masa permainan akan ditambah jika berlaku kecederaan atau tiada keputusan mengikut tempoh ditetapkan dan berdasarkan peraturan sama.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan pengadil yang menambah masa walaupun bukan kerana faktor kecederaan atau seri, sedangkan keputusannya sudah ada.

“Bagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan? Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya.

“Tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil.

“Apakah yang diperkatakan oleh penonton yang menyaksikan secara langsung atau tayangan daripada jauh,” katanya. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad