Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pelantikan Anwar Sebagai PM Lonjak Semangat Sofee Tawan Padang Serai

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 9:15AM

Calon Pakatan Harapan Muhammad Sofee Razak (dua, kanan) bertemu dengan masyarakat setempat ketika mengadakan kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai di Taman Selasih - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Walaupun berdepan cabaran sukar,  calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai mendapat suntikan semangat untuk menawan kerusi tersebut dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri meskipun melalui konsep kerajaan Perpaduan.

Mohamad Sofee Razak, 47 yang juga seorang peguam berkata, beliau akan meneruskan agendanya untuk reformasi walaupun berdepan cabaran sengit daripada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, bekas rakan seperjuangannya dalam parti.

Malah katanya, jalan terbaik untuk melangkah ke hadapan di mana-mana negara ialah melalui kesederhanaan dan toleransi.

“Tidak sepatutnya ada toleransi terhadap rasuah dan salah guna kuasa. PH akan berjuang sehingga kita menghapuskan bentuk salah tadbir seperti itu,” katanya.

Azman berpaling tadah kepada PN daripada PKR selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di Padang Serai.

Beliau juga seorang exco kerajaan negeri.

Keyakinan Azman didorong kenyataan Pengerusi PN Kedah yang juga Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang melahirkan keyakinan bahawa PN melalui PAS boleh merampas Parlimen tersebut selepas memenangi majoriti kerusi di negeri itu.

Azman juga mahu PRK Padang Serai menjadi referendum rakyat di Kedah, yang membantah cadangan "perkahwinan haram" antara PH dan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan Persekutuan berasaskan perpaduan.

Beliau mendakwa ramai pengundi berasa ditipu oleh PH dan BN yang sebelum ini menafikan pakatan sulit sebelum berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Rakyat, khususnya majoriti orang Melayu, tidak boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, walaupun kita akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Mahfuz Omar melihat pertembungan di Padang Serai sebagai simbolik, kerana ia membolehkan PH menebus kekalahan mereka di Kedah - Gambar Fail
Mahfuz Omar melihat pertembungan di Padang Serai sebagai simbolik, kerana ia membolehkan PH menebus kekalahan mereka di Kedah - Gambar Fail

Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar melihat pertembungan di Padang Serai sebagai simbolik, kerana ia membolehkan gabungan itu menebus kekalahan mereka di Kedah.

“Sofee adalah barisan pertahanan terakhir kami terhadap serangan gelombang hijau, di mana dakwah kebencian dan politik agresif meresahkan dalam negara berbilang kaum,” katanya.

Padang Serai mempunyai 133,767 pengundi berdaftar dengan 81,230 pengundi di DUN Lunas, manakala baki 52,546 lagi pengundi di DUN Merbau Pulas.

Dari segi komposisi etnik, 70.11 peratus adalah Melayu, 15.11 peratus India, manakala 14.16 peratus lagi Cina.

Etnik lain pula menyumbang 0.52 peratus dalam sebahagian besar kawasan yang terdiri daripada kelas pekerja kolar biru.

Sofee dan Azman berdepan saingan lima penjuru untuk merampas kerusi Parlimen Padang Serai.

Kedua-duanya turut dicabar Datuk C. Sivaraajh dari BN, Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG), dan Sreanandha Rao, calon Bebas. – The Vibes, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa 19 jam yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel