Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Mungkin Tidak Mudah Berundur Sehingga Dicabar Pada Pemilihan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 8:14PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mungkin akan berundur dengan mudah daripada parti tersebut, meskipun terdapat suara yang menggesa beliau berbuat demikian.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpendapat, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menganggap beliau masih perlu berada di dalam UMNO untuk memperkukuh parti yang ketika ini didakwa berdepan masalah dalaman dan kononnya mempunyai kem berbeza.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

“Saya nampak Ahmad Zahid akan pastikan bahawa beliau akan terus berkuasa dalam UMNO.

“Kita nampak macam ada penentangan dan kemungkinan enam bulan dari sekarang akan berlaku pemilihan. Ahmad Zahid sudah sebut, beliau bersedia kalau ada pemimpin lain hendak masuk pemilihan.

“Saya lihat Ahmad Zahid tidak akan berundur dan terus kekal di dalam UMNO kecuali dia tidak dikehendaki lagi semasa pemilihan, sekiranya ahli UMNO menolaknya. Pada masa itu, dia akan terkeluar daripada pucuk pimpinan parti,” katanya katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu mengikut langkah mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang rela melepaskan jawatan selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mazlan berkata, apa dilihat ketika ini adalah bagaimana pemimpin kanan parti itu cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Diaju sejauh mana kepimpinan Ahmad Zahid relevan dalam UMNO pada masa ini, katanya, ia terpulang kepada parti itu sendiri.

Mazlan berkata tidak timbul persoalan sama ada Ahmad Zahid melanggar pendirian parti, iaitu 'no Anwar, no DAP' kerana kerajaan yang ada adalah Kerajaan Perpaduan.
Mazlan berkata tidak timbul persoalan sama ada Ahmad Zahid melanggar pendirian parti, iaitu 'no Anwar, no DAP' kerana kerajaan yang ada adalah Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sekiranya Ahmad Zahid sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahli UMNO, cara hendak menyingkirnya adalah melalui mesyuarat agung tahunan (AGM) khas dengan dua pertiga perwakilan mesti setuju untuk memecat beliau.

“Serta 146,000 perwakilan perlu membuat keputusan.

“Jadi saya lihat sekarang, kepimpinan UMNO yang menentang Ahmad Zahid ini bukan semua, cuma beberapa orang sahaja dan menyokongnya nampak lebih ramai dan seperti beliau setakat ini utuh,” katanya.

Mazlan berpandangan, tidak timbul persoalan sama ada Ahmad Zahid melanggar pendirian parti, iaitu ‘tolak Datuk Seri Anwar, tolak DAP’ (no Anwar, no DAP) seperti dilaungkan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) atau sebaliknya, selepas Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, perkara sama turut terpakai membabitkan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang selama ini mengatakan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan ‘kleptokrat’.

Pendirian seumpama itu, katanya, sudah tidak boleh diterima kerana kerajaan yang wujud hari ini adalah Kerajaan Perpaduan, bukan kerajaan berorientasikan parti.

“Sebenarnya kerajaan yang ada sekarang ini Kerajaan Perpaduan, bukan kerajaan PH atau BN. Kerajaan ini disaran Yang di-Pertuan Agong, maka asas penubuhannya adalah menyatukan parti politik dengan tujuan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Jadi, segala perbezaan atau pandangan sebelum itu, ia bukan menjadi prinsip penubuhan kerajaan ini,” katanya.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Dalam pada itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan yakin, Ahmad Zahid bakal dicabar pemimpin lain pada pemilihan parti tidak lama lagi, sekiranya beliau tidak berundur sekarang.

Ujarnya, demi mengelakkan perpecahan dalam UMNO, secara teorinya lebih baik beliau berundur.

Namun, Azmi berkata, Ahmad Zahid dilihat masih berfikir bahawa beliau mempunyai sokongan kuat dan atas sebab itu kekal berada dalam parti.

“Dalam keadaan BN berada dalam PH, kemungkinan perunduran (Ahmad Zahid) itu patut ditangguhkan sedikit masa lagi, tetapi tanggungjawab perlu diambil oleh kepimpinan tertinggi UMNO dalam kekalahan mereka (pada pilihan raya),” katanya.

Mengenai calon sesuai menggantikan Ahmad Zahid jika beliau berundur atau dicabar, Azmi berkata, kemungkinan individu terbabit adalah Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilihat sebagai orang nombor dua parti dan sentiasa selari dengan pendirian Presiden UMNO.

“Mungkin juga ada (pemimpin lain) mencabar selain Mohamad untuk jawatan tersebut.” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO, mendesak Ahmad Zahid berundur secara terhormat daripada jawatan orang nombor satu BN dan UMNO, susulan prestasi buruk parti pada PRU-15.

Annuar Musa antara yang lantang bersuara meminta Ahmad Zahid berundur.
Annuar Musa antara yang lantang bersuara meminta Ahmad Zahid berundur.

Antara pemimpin UMNO itu adalah mantan Ketua Penerangan, Shahril Hamdan; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghani dan Bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Pemimpin lain termasuk beberapa ketua UMNO bahagian, iaitu Ketua Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa; Ketua Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan memaklumkan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan bahawa PAU 2022 akan diadakan pada 21 hingga 24 Disember ini, namun ia tidak membabitkan pemilihan parti.

Pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU-15, seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO. - Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Sukan 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi