web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahniah Anwar! PN Main Peranan Semak, Imbang Di Parlimen - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 2:30PM

Menurut Muhyiddin Yassin, PN juga akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip 'Prihatin, Bersih dan Stabil' - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan gabungan parti itu akan memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.

Menurut beliau, PN juga akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip 'Prihatin, Bersih dan Stabil'.

“Dengan kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Terdahulu, Setiausaha PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan parti itu akan membincangkan tawaran Anwar untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya dengan komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, PAS turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap Anwar berhubung tawaran tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat terutama pengundinya berhubung kerjasama itu.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PAS menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kemelut kepimpinan negara pasca PRU-15 tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan harmoni dan damai.

“PAS menerima dengan reda dan hati terbuka segala ketentuan Allah yang tentunya mempunyai hikmat tersendiri.

“PAS menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal pelantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad