web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan BN, PH Mampu Tangani Krisis Kegawatan Ekonomi Global

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 8:18PM

Jamal berkata, terdapat keperluan untuk semua pihak menyokong penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin PH. - Gambar fail oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengalaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan Persekutuan, dianggap mampu memberi kelebihan kepada negara sekiranya berdepan kegawatan ekonomi dunia yang dijangka berlaku pada Disember depan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, terdapat keperluan untuk semua pihak menyokong penubuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan Malaysia berdepan kerajaan tidak stabil, sehingga menyebabkan rakyat sengsara.

“Saya yakin PH yang mempunyai pengalaman selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang ditolak rakyat selama 22 bulan memerintah serta BN pula sudah lama memerintah namun tidak menerima mandat majoriti rakyat (PRU-15), mampu dijadikan kebaikan untuk mentadbir negara.

“Negara perlu ditadbir dengan baik kerana kerajaan sebelum ini, menyebabkan banyak pembangunan tidak dapat dilaksanakan, di samping pelabur asing juga tidak percaya lagi ke Malaysia. Kita juga boleh lihat nilai Ringgit Malaysia serta pasaran saham jatuh,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn di Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Jamal berkata, kerajaan perpaduan di bawah pentadbiran Anwar diyakini mampu menyelesaikan segala kemelut dan mengharapkan agar rakyat terbuka menerima pemimpin itu sebagai Perdana Menteri, seperti diumumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita tunggu bagaimana lima tahun pentadbiran kerajaan perpaduan antara BN dan PH ini. Kita dapat lihat Anwar yang berjuang begitu lama, akhirnya dipilih rakyat dan ini kehendak mereka melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kita akur dengan titah Agong dalam keadaan BN ditolak ramai.

“UMNO dan BN mendapat kerusi paling sedikit dalam sejarahnya, namun atas titah Agong, gabungan kita akur untuk bentuk kerajaan perpaduan dan akhirnya Anwar dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Ke-10. Kami akur dan yakin dengan adanya kerajaan baharu ini, negara akan lebih dipercayai seperti kemuncaknya sebelum PRU-14,” katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Keputusan tersebut dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurut beliau, ini selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 24 November 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar