web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Pusingan U, PN Sedia Pertimbang Cadangan Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 1:29PM

Hamzah Zainuddin- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengubah pendirian apabila bersetuju untuk mempertimbangkan saranan Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu diambil pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan hari ini.

Menurutnya, mesyuarat membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu menolak titah saranan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, saranan itu dibuat semasa sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong petang semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tuanku mencadangkan agar kami bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah berbincang sejak awal, kami tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Itulah pendirian kami sejak awal. Di bawah sebarang alasan, kami tidak akan bersetuju.

''Saya diminta menandatangani dokumen sebagai perjanjian, tetapi kami telah bersetuju sebulat suara di bawah sebab yang diketahui mengapa kami tidak boleh bersama PH," katanya. - Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar